Hadis Rasulullah S A W

TuKuN 12 Feb 2003
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada hari di mana Allah memerdekakan hambaNya dari api neraka lebih banyak dari hari Arafah.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan hari Arafah di mana pada hari Arafah ini Allah s.w.t memerdekakan hambanya dari api neraka lebih banyak dari hari-hari yang lain. Allah s.w.t akan tajalli di hadapan hamba-hambaNya, berbangga dengan mereka di hadapan para malaikat, kemudian Allah s.w.t mengampunkan dan memberikan rahmatNya kepada mereka.
'the truth is out there'