Hadis Rasulullah S A W

TuKuN 1 Jan 2003
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa r.a katanya: Pada waktu peperangan al-Ahzab Rasulullah s.a.w berdoa kepada golongan musyrikin:
(اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ سَرِيعَ الْحِسَابِ اللَّهُمَّ اهْزِمْ الْأَحْزَابَ اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ) yang bermaksud: Ya Allah yang menurukan kitab dan yang Maha Cepat Perhitungan, Ya Allah! Tumpaskanlah golongan al-Ahzab, Ya Allah! Tumpaskanlah mereka dan goncangkanlah mereka.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Peperangan al-Ahzab berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah.
2- Mustajab doa nabi s.a.w di mana orang-orang musyrikin berjaya ditumpaskan tanpa peperangan.
3- Memuji sifat dan nama Allah s.a.w di dalam doa.
'the truth is out there'