Hadis Rasulullah S A W

TuKuN 16 Nov 2002
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kamu sekalian kerana di dalamnya terdapat keberkatan.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

----------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Galakan supaya bersahur di mana ia adalah perkara sunat bukannya wajib.
2- Di antara keberkatan yang terdapat dalam sahur ialah ia akan memberi kekuatan dan kecerdasan untuk berpuasa sehingga membawa keinginan untuk menambahkan ibadat puasa yang lain.
3- Sahur merangkumi bangkit dari tidur pada waktu malam, berzikir dan berdoa pada waktu yang sangat mulia ini.
4- Membiasakan diri dengan bersahur boleh membiasakan diri kita untuk bangkit pada waktu tersebut untuk berzikir dan berdoa serta mendirikan sembahyang.
'the truth is out there'