Hadis Rasulullah S A W

TuKuN 12 Nov 2002
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Sunat berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan dan hari yang paling afdal adalah hari yang berada pada pertengahan bulan iaitu hari ke 13, 14 dan 15.
2- Kelebihan puasa sunat.
3- Kelebihan mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan sembahyang Witir.
4- Sunat melewatkan sembahyang Witir bagi sesiapa yang tidak merasa keberatan untuk mengerjakannya pada penghujung malam.
'the truth is out there'