Madah Madah Untuk Direnungi

Zana. 29 Sep 2002
Madah-madah untuk direnungi....

· Pengalaman satu nostalgia. Nostalgia jadi memory. Memory hanya kenangan. Kenangan tetap diingatan.

· Pengalaman masa lalu adalah pengajaran hari esoknya.

· Semalam telah berlalu hari ini kita tempuhi. Namun esok masih belum pasti. Bersedialah untuk esok!

· Jangan banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.

· Sepi itu indah, Rindu itu parah oleh itu hidup mesti tabah.

· Dalam kehidupan sehari-hari kita kadang-kadang tertipu dengan sikap dan nilai (lakonan) seseorang. Awasilah fenomena ini!

· Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, tetapi agama mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

· Relakan perpisahan dan pertemuan kerana ia mengiringi setiap detik kehidupan.


Renungan bersama….

“Manusia bertindak mengikut hati. Tidak kira waktu dan keadaan.”
Dari sini siapa manusia fikirlah sendiri!!!!

Ikhlas
-Zana-
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."