Hadis Rasulullah S A W

16097 4 May 2003
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Takutlah kamu sekalian terhadap kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu merupakan kegelapan pada hari kiamat. Seterusnya takutlah kamu sekalian terhadap kebakhilan kerana sesungguhnya kebakhilan itu telah membinasakan orang-orang yang terdahulu daripada kamu di mana ia mendorong mereka untuk menumpahkan darah dan menghalalkan semua perkara yang telah diharamkan ke atas mereka.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya menghindarkan diri dari kezaliman dan kebakhilan sebaliknya mengikuti jalan keadilan, kemuliaan dan dermawan.
2- Zalim adalah termasuk di antara dosa-dosa besar yang boleh menjerumuskan orang yang melakukannya ke jurang kesulitan dan mendapat azab yang pedih di hari kiamat nanti.
3- Sikap suka mengejar dan tamakkan keduniaan serta tidak membelanjakannya telah banyak menyebabkan manusia terjerumus ke kancah maksiat dan dosa serta banyak menjerumuskan mereka ke jurang kekejian dan kemungkaran.