Assalamu’alaikum w.b.t
Warga MM yang dimuliakan Allah S.W.T, Allah S.W.T adalah rabb kita… Dialah yang berkuasa di atas setiap makhlukNya… makhluk tidak dapat berbuat apa2 tanpa izin daripada Allah S.W.T…
Allah S.W.T Maha Berkuasa… Allah S.W.T mampu menjadikan sesuatu melalui perantaraan asbab… Allah S.W.T mampu menjadikan sesuatu tanpa perantaraan asbab… Allah S.W.T mampu menjadikan sesuatu yang bertentangan dengan asbab… sebagai contoh: se...
Assalamu’alaikum w.b.t
Warga MM yang dimuliakan Allah S.W.T, Allah S.W.T adalah rabb kita… Dialah yang berkuasa di atas setiap makhlukNya… makhluk tidak dapat berbuat apa2 tanpa izin daripada Allah S.W.T…
Allah S.W.T Maha Berkuasa… Allah S.W.T mampu menjadikan sesuatu melalui perantaraan asbab… Allah S.W.T mampu menjadikan sesuatu tanpa perantaraan asbab… Allah S.W.T mampu menjadikan sesuatu yang bertentangan dengan asbab… sebagai contoh: seorang bayi lahir melalui asbab pernikahan ibu bapanya… maka Allah S.W.T lahirkan bayi ini melalui perantaraan asbab…, Allah S.W.T ciptakan Nabi Isa tanpa perantaraan asbab… Maryam melahirkan Isa tanpa ada bapa… tanpa ada perantaraan suami pun Allah S.W.T mampu lahirkan Isa… Allah S.W.T boleh buat apa saja sekalipun ianya tanpa asbab… Allah S.W.T menciptakan Hawa dengan sesuatu yang bertentangan dengan asbab… Hawa di cipta dari tulang rusuk Adam… tidak ada ibu dan bapa pun tapi Allah S.W.T mampu ciptakan… inilah bukti kekuasaan Allah… Allah S.W.T mampu jadikan apa saja semahuNya… makhluk tidak ada kuasa, yang berkuasa hanya Allah S.W.T…
Tidak ada yang boleh beri mudharat melainkan Allah… tsunami tidak boleh bagi mudharat, yang bagi mudharat ialah Allah S.W.T… gempa bumi tidak boleh bagi mudharat, yang bagi mudharat ialah Allah S.W.T… adakah kamu takutkan tsunami melebihi ketakutanmu pada Allah?
Jikalau Allah S.W.T mahu seseorang itu mati… berkumpullah semua doctor pakar dari seluruh dunia untuk selamatkan dia sekalipun… maka dia pasti akan mati…. Jikalau Allah S.W.T mahu seseorang itu hidup… berkumpullah semua tentera2 dari seluruh dunia untuk bunuh dia sekalipun… maka pasti dan pasti dia akan hidup… siapa yang mampu melawan kehendak Allah?
Allah S.W.T bertanya kepada Nabi Musa: “Apa di tangan kamu?â€â€¦ kerana terlalu gembira di soal oleh Allah S.W.T maka Nabi Musa pun menjawab: “Ini tongkat… boleh di gunakan untuk menjaga binatang peliharaan… boleh di gunakan untuk bersandar…†& bermacam macam lagi jawapan dari Nabi Musa… kemudian Allah S.W.T mahu mengajar Nabi Musa tentang iman… Allah perintahkan Nabi Musa mencampakkan tongkat di tangannya… setelah di campak, tongkat pun bertukar menjadi ular… Nabi Musa ketakutan… (inilah bukti kekuasaan Allah… mampu menjadikan sesuatu yang di anggap memberi manfaat oleh Nabi Musa tetapi rupa-rupanya tongkat yang tidak bernyawa pun mampu di tukar oleh Allah S.W.T menjadi ular yang bernyawa malah mampu mendatangkan mudharat dengan Izin dari Nya)… kemudian Allah S.W.T perintahkan Nabi Musa menangkap ular… kerana ketakutan Nabi Musa pun menangkap ekor ular… tapi bukan itu yang Allah mahukan… Allah S.W.T perintahkan Nabi Musa menangkap kepala ular… (perintah Allah jangan di persoal… kenapa? Kenapa? Dan kenapa? buat saja)… setelah menangkap kepala ular maka Allah S.W.T pun menukarkan pula ular kepada tongkat… dari ular yang hidup pun Allah S.W.T mampu tukarkan kepada tongkat yang tak bernyawa… inilah bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung… akhirnya Nabi Musa pun mengerti bahawa tongkat yang di pegangnya mampu jadi apa apa saja… tongkat tidak boleh bagi manfaat atau pun mudharat… yang bagi manfaat dan mudharat hanya Allah S.W.T…………. Allah S.W.T berkuasa diatas setiap makhluknya mahupun yang hidup ataupun tidak bernyawa…………. LA ILAHA ILLALLAH
Antara redha dan pasrah...