Risalah Fikir (034) 5 Syarat

Administrator 29 Jul 2002

Mari kita sama-sama ikuti dan cuba menghayati nasihat yang telah diberikan oleh Sayyidina Ali r.a. kepada Sayyidina 'Umar bin Al-Khattaab r.a. Ketika itu, Sayyidina 'Umar bin Al-Khattaab r.a. menjadi Amirul Mu'minin (Khalifah).

Dalam satu riwayat, Al-Baihaqi telah mengeluarkan daripada 'Ali bin Abi Talib r.a. bahawa beliau r.a. telah menasihati 'Umar r.a. seperti berikut:

(Mafhumnya): Wahai Amirul Mu'minin! Andainya anda mahu pertemuan anda dan pergaulan anda dengan dua sahabat anda itu (iaitu Rasulullah saw dan Sayyidina Abu Bakar r.a.) di akhirat nanti menggembirakan anda, maka:

  • Pendekkanlah angan-angan/cita-cita/wawasan keduniaan anda.
  • Makanlah tanpa kenyang.
  • Pendekkanlah/singkatkanlah izaar anda.
  • Tambalkanlah qamiis/baju anda.
  • Jahitlah/tampallah kasut anda.

Kiranya anda telah melaksanakan 5 syarat ini, maka anda akan bertemu dan bergaul dengan mereka berdua nanti. Demikianlah dinyatakan dalam kitab Al-Kanz (8:219).