Koleksi Artikel · 2002

Hadis Rasulullah S A W

TTuKuN 14 Oct 2002 1 min bacaan
Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a, daripada nabi s.a.w baginda meriwayatkan sebuah Hadis Qudsi yang diterima daripada Allah s.w.t sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:
Wahai hambaKu! Kamu semua selalu melakukan dosa sama ada pada waktu malam ataupun pada waktu siang dan Aku adalah Zat Yang Maha Mengampuni semua dosa, oleh itu mintalah keampunan kepadaKu, nescaya Aku akan memberikan keampunan kepadamu.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

-----------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Disyariatkan supaya meminta keampunan dengan sebanyak-banyaknya dan bertaubat dengan penuh iklhas kerana Allah s.w.t akan mengampunkan segala dosa jika niat betul-betul ikhlas.
'the truth is out there'

Lagi daripada TuKuN

Kembali ke Koleksi Artikel