Hadis Rasullulah S A W

TuKuN 14 Oct 2002
Diriwayatkan daripada Abu Juhaim r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang itu mengetahui betapa besarnya dosa yang akan menimpanya, nescaya dia akan berdiri selama empat puluh, itu adalah lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang. Abu An-Nadhri berkata: Aku tidak tahu, adakah Rasulullah s.a.w bersabda: Empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang dan tidak ada perbezaan di antara orang yang mendirikan sembahyang fardhu ataupun orang yang mendirikan sembahyang sunat.
2- Ancaman yang hebat terhadap orang yang memandang remeh terhadap perkara ini.
'the truth is out there'