Hadis Rasulullah S A W

TuKuN 14 Oct 2002
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Dunia adalah perhiasan (kesenangan) dan sebaik-baik perhiasan (kesenangan) di dunia adalah wanita yang solehah.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:
1- Dorongan supaya memilih wanita yang solehah kerana wanita yang solehahlah yang boleh membahagiakan suami di dunia ini dan membantunya untuk taat kepada Allah s.w.t.
2- Di antara kesan betapa perlunya wanita solehah ialah supaya suami merasa tenang dengan teman hidupnya yang mengetahui semua rahsianya dan dapat menjamin pendidikan anak-anak serta menjaga harta dan maruah keluarga.
'the truth is out there'