TAWAKAL SELEPAS BERUSAHA

sausan 13 Aug 2004
"Saya dah memang miskin. Dah nasib begini, apa nak buat. Usaha kuat mana pun tetap serupa. Tawakal sajalah, mudah-mudahan Allah bantu........"

Keluhan begitu memang biasa kita dengar. Walaupun kita disuruh bertawakal tetapi hanya selepas berusaha bersungguh-sungguh atau dengan kata lain, kita sudah melakukan pelbagai ikhtiar dan kemudian barulah bertawakal dgn menyerahkan segalanya kepada Allah.

Sabda Rasulullah bersabda yg bermaksud:
"KALAU KAMU BERTAWAKAL KEPADA ALLAH DENGAN TAWAKAL YG SEBENAR-BENARNYA, NESCAYA DIA MEMBERIKAN REZEKI KEPADA KAMU SEPERTI DIBERIKAN-NYA REZEKI KEPADA BURUNG-BURUNG. PAGI-PAGI BURUNG-BURUNG ITU TERBANG DGN PERUT KOSONG DAN PETANGNYA KEMBALI KE SARANG DGN PERUT PENUH." (Riwayat at-Tarmizi dan al-Hakim)

Dan sudah tentunya di akhir usaha, kita digalakkan berdoa,"Ya Allah, aku serahkan segala urusanku ini kepada-Mu." Ikuti pula kalimah "La haula wala quwwata illa billahil aliyil 'azim' ( tiada daya untuk melakukan ketaatan dan tiada upaya utk menjauhi kemaksiatan melainkan dgn pertolongan dan izin Allah jua).
Ini nyanyi rindu, kerja Tuhan siapa tahu