Jangan, jangan dan jangan!!!!
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kepercayaan & kasih orang kepada kita.
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini AlLah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mat...
Jangan, jangan dan jangan!!!!
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kepercayaan & kasih orang kepada kita.
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini AlLah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca bismilLah .
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita ...hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada AlLah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan AlLAh.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
AlLah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>
Berapa umur enta skrg? Mengapa pula mahu nak dilambat2kan hajat yang murni?
Pada pendapat ana, kalau kemampuan dah cukup,dan entapun dah bersedia dgn tanggungjawab yg berat, nikahilah gadis itu.
Kami kebanyakan kaum hawa tidak memilih rupa sbg syarat utama.Biarlah rupa macam pecah pintu sekalipun, tapi kalau bertanggungjawab dah cukup alhamdulilLah.... Cuma hargailah pengorganan kami.
Jika asis rasa asis mampu menahan godaan nafsu yg ganas tanpa berkahwin, tak ape... go ahead!. tapi kalau tak tahan, adakah asis akn berpuasa? Ana rasa zaman skrg nie dah susah nak cari org yg berpuasa semata2 ingin menahan nafsu serakah. Bila asis berkahwin,sebenarnya AlLah dah janjikan rezeki dan kebahagian dalam hidup berumah tangga. Dengan syarat, kedua2 belah pihaklah yg harus mewarnai dan mencorakkan kehidupan tersebut.
Asis, zaman dah berubah skrg nie. Kalau org laki kahwin lambat dah tak jd isu lagi. Cuma ianya satu kerugian besar. Dah berumur baru dapat anak. Katalah asis kahwin umur 35tahun, belum tentu kahwin terus dpt anak. Mungkin umur 40 thun baru dapat anak pertama. Pastu peluang nak bermain2 dengan anak agak terhad.Asis larat ke bila dah berumur 46 tahun nak main kejar2 dengan anak? lagipun Nabi suka kepada umatnya yg ramai.
Ini hanya pendapat peribadi ana saje. Mintalah pendapat org lain juga. Lagipun ana belum berumahtangga. So, tak banyak pengalaman lagi. Cuma membuat kajian melalui pemerhatian. Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>