Fadilat RAMADHAN
Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud:
"Apabila tiba bulan pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan:
"Wahai orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah," Dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
"Setiap manusia akan mendapat kebaikan sel...
Fadilat RAMADHAN
Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud:
"Apabila tiba bulan pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan:
"Wahai orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah," Dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."
"Ramadan bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaannya ketika dilahirkan daripada perut ibu."
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadan) tidak kecewa."
NOTA: Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu carilah keredaan Allah dengan melaksanakan perintahNya serta menjauhi segala laranganNya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
"Selamat menunaikan ibadah puasa."
AWAL AL-MUBARAK
"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."
Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith
Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.
Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.
Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.
Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.
"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan
Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.
Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:
Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.
Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
p/s:Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada…..jaga diri sebaik adanya dan hiasi peribadi dengan cahaya kilauan iman.
Salam Ramadhan Al-Mubarak dari arjuna kepada semua pembaca-pembaca yang dihormati......
hargai dan sayangilah orang yang ade disisi kita, supaya kita tidak menyesal di kemudian hari...
renung-renungkanlah...