Phat_Fen
Phat_Fen
21 years
1633 Views

Saya bersedekah jarang ikhlas!!!

Orang kata kalau kita bersedekah tak ikhlas atau nak menunjuk menunjuk tak dapat pahala.

Aper kata kalau kita teruskan bersedekah. Ikhlas atau tidak kita jangan fikirkan.

Ape yang penting sedekah kita tu dapat menolong orang yg memerlukan. Kita dapat pahala atau tak tak payah fikir. Sekurang kurangnya sedekah kita dapat membantu.

Lagipun duit yg kita ada bukan milik kita. Kalau kita ada lima ringgit utk makan, belum tentu kita boleh beli. Tak ada duit pun, kalau ada rezeki boleh jugak kita...

3 comments
Share this post

Comments (3)

ajay
IKHLAS---ikhlas nie satu perkara yg besar maknanya....satu perkara yg dilakukan hanya kerana Allah dan tiada maksud lain.....nak dpt ikhlas nie bukan semudah kite mengeja i-k-h-l-a-s......itu adik kecik and semua budak kecik pun tahu eja kan....(tak tahu lah kalu ada yg bute huruf)....saidina ali r.a berkata ikhlas umpama semut yg hitam diatas batu hitam dimalam yg gelap.......so hanya Allah s.w.t saje yg tahu....malaikat yg mencatitnya pun tak tahu........

ikhlas nie nak dapatnya susah.yg penting perbuatan kite kene istiqamah...lepas tu baru datangnya istikhlas....kemudian baru dtgny ikhlas.....'ada satu cerita....seorang pemuda bila ditanya...kenapa kamu jarang nampak ke masjid/surau...lalu dijawapnya...aku tak nak pegi sbb nanti org kata aku nak menunjuk baik maka takikhlas lah jawapannya........jadi kalu begitulah jawapannya....tak pegi masjid/surau lah kalu takut dilihat org......'.......tapi kalu kali pertama kita melangkah ke masjid/surau kalu ada rasa tak ikhlas tu biasa lah kot.....lama-kelamaan sampai satu masa bila kita tak pergi masjid/surau hati kita jadik gelisah.....dr situ baru nampaknya ikhlas atau tidak........

maaf jika melalut atau sewaktu dengannya.....

wallahualam

MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
21 years
insan_mbaq
sedekah tu berasal dari kata dasarnya sidiq, maksudnya membenarkan. tak kisah lah dlm bentuk ape jua dan banyak mane, janji kita ikhlas dan sedekah tu memberikan manfaat kpd yg menerimanya..

dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung...
21 years
Mami Ros
...

Sedekah itu sebahagian dari iman,

sebahagian dari kehidupan , sebahagian dari agenda pemberian dan penerimaan.

Sedekah itu ikhlas atau idak... hanya yang memberi saja dan Allah yang tahu... kenapa mesti merasa was was dengan sedekah itu... Pahalanya sedekah itu adalah urusan Allah.. kita sewajibnya membantu mereka yang memerlukan. Jika ia tidak dijadikan pahala, sekurang kurangnya sedekah itu menjadi perisai pada diri kita melalui kesihatan, kemalangan, dan gaya hidup.

Apapun keperluan bersedekah itu sebenarnya baik, ia melambangkan ke prihatin kita pada mereka yang kurang mampu. Kelebihan harta ada benda andainya disedekahkan akan menambahkan rezeki buat kita.

Sebenarnya tiada sesuatu pun milik kita, semua yang ada pada kita adalah dipinjamkan mengikut kemampuan kita. Allah pinjamkan kita ... apa yang kita ingini, dengan diberinya rezeki. pepandailah kita membahagikan rezeki itu mengikut bahagiannya.

Namun dizaman ini, ada yang bersedekah memilih tempat dan waktu..

adalah tidak wajar andainya kita berpendapat sedemikian, kerana bersedekah ini adalah amalan mulia yang harus dilakukan setiap masa...semampunya...jangan sampai kita pulak yang meminta...

waallahualam



" Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.