R

Razi

@protongun2000_28850

Umat Islam adalah sebaik-baik umat (khaira ummah) dan umat terbaik lagi adil (ummatan wasatha). Ali Imran: 110 “..kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat maaruf dan mencegah kemungkaran, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..”. Menurut Imam Qatadah: khalifah Omar b Khattab pernah berkata “Sesiapa yang suka digolong dalam golongan umat terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini”. Para sahabat berjaya tunai ayat ini, justeru itu berjaya cipta sejarah gemilang. Al-Baqarah:143, “ dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasatha supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang yang benar dan salah) dan Rasulullah menjadi saksi atas perbuatan kamu..” Kalimat wasatha bermaksud yang terbaik. Imam Ibn Kathir: “Umat ini merupakan umat terbaik. Oleh itu Allah kurniakan kepadanya: (a)syariat paling lengkap (b)landasan paling kukuh (c)pandangan yang jelas”. Menurut Said Hawa: Wasatha juga bermaksud ‘adil’. Justeru itu ummatan wasatha bermaksud umat terbaik lagi adil