M

Mohd Rushairy

@mohd.rushairy_32285

Secara Ringkasnya:-

Sejak dahulu lagi, merupakan seorang anak daripada keluarga biasa, adik kepada kakak yang amat dikagumi oleh dirinya, abang yang sayang akan adiknya, pelajar biasa, dan seorang kawan yang akan mencuba yang terbaik dalam membantu kawan-kawan dia yang lain. Minat dalam keusahawanan dan perniagaan. Cuba sedaya upaya mengikuti jejak bisnes Rasulullah serta Rasulullah dijadikan tokoh+Idol+Ikon kepada dirinya dan suka akan kisah tokoh-tokoh lain yang cemerlang.

Sementara itu, dirinya bukanlah seorang ustaz.Hanya insan biasa, seseorang yang sentiasa belajar(dan suka belajar) akan selok-belok ilmu yang sahih dan berkongsi ilmu seadanya yang dia mahir(yang betul) kepada yang ingin berkongsi.Sesungguhnya ilmu itu milik Allah S.W.T.

Dalam pada itu, Mohd Rushairy mengucapkan jutaan terima kasih atas doa ahli keluarga, para guru, pensyarah-pensyarah, ustaz dan ustazah, 'alim ulama, kawan-kawan seperjuangan, dan semuanya yang ada antaranya mendoakan kebaikan kepada beliau dan memberi dorongan serta bantuan kepada beliau untuk terus berjaya dalam mengharungi lekuk kehidupan ini.

Antara contoh, Mohd Rushairy berjaya menguruskan dan menjalankan beberapa tanggungjawab serentak dengan cemerlang.Mempunyai perniagaan sendiri sambil meneruskan pelajaran. Tambahan, Pelajar Undang-undang asasi UIAM dan minat dalam bidang Undang-Undang Sivil dan Syaria'h serta bidang Motivasi dan Psikologi. Kepakaran dalam berkongsi pengalaman,motivasi, pelajaran, pengucapan awam, minat & kerjaya.

- "New Season, New Beginning."- Kini, memikul tanggungjawab serta amanah sebagai ketua keluarga. Oleh itu, peningkatan dari aspek ilmu, akhlak dan segalanya mestilah dalam keutamaan. Alhamdulillah, semoga Allah memudahkan jalan yang telah diberikan kepada HambaNya ini.

* Kepada semua, saya memohon ampun sekiranya ada silap dan salah saya secara sedar atau tak sedar, terkasar bahasa ataupun perbuatan, gurau yang salah saya harap mendapat kemaafan daripada pihak anda semuanya. **Terima kasih untuk segalanya. -"Sorry For Anything, Thanks For Everything"-

\(^_^)/