M

mdHsan

@mdhsan_24839

Assalamualaikum wbt. Nama saya, Hj Mohamed bin Hj Hassan lahir pada 25/04/1948 di Johor Bahru. Menerima pendidikan sehingga tingkatan 5 dan Tamat darjah 6 di sekolah agama kerajaan negeri Johor. Telah bersara dari perkhidmatan bank. Kini bermastautin di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Baharu. Sedang berusaha untuk membangun sebuah laman web untuk Masjid Hajjah Mominbi Ahmad Angolia, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Baharu. Masjid ini telah menyanding beberapa anugerah masjid cemerlang negeri Johor bagi tahun 2005. Pada masa ini terdapat 3 buah masjid kesemuanya di Taman Ungku Tun Aminah, ia-itu, Masjid Laksemana, Masjid Khatijah dan Masjid Hajjah Mominbi.