A

Al-Bahrawi

@ady_54_3718

Berkata Hukamak:

"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku,
peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang
yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya
di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah
kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya
dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana
seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan
dan perbuatan kawannya itu".

Berkata Ulama?

"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga
orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya
sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun
memanfaat ilmunya kepadamu.

Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:

Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku!
Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat
dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih
teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu
akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan
meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan
dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu
akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu
akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik
dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka
dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan
temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik
pertalian persahabatan itu.

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah)
kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan
baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan
kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati,
menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk
meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan
kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka
ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara
persahabatanmu itu.