Hadis Rasulullah S A W

TuKuN 19 Jan 2003
Diriwayatkan daripada Sahl r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah datang menjenguk kami ketika kami sedang menggali parit dan memunggah pasir secara memikulnya di atas bahu kami. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Ya Allah! Tidak ada kehidupan yang kekal sama sekali kecuali kehidupan di Akhirat, oleh itu ampunilah orang-orang Muhajirin dan Ansar.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Peperangan Khandaq berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah.
2- Kesulitan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat di dalam menjalankan dakwah.
3- Kelebihan orang-orang Muhajirin dan Ansar dan berita gembira yang disampaikan oleh nabi kepada mereka bahawa segala dosa mereka diampunkan.
'the truth is out there'