Koleksi Artikel · 2002

Hadis Rasulullah S A W

TTuKuN 17 Dec 2002 2 min bacaan
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah s.a.w pernah membaca:
( اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَنْ تُضِلَّنِي أَنْتَ الْحَيُّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَالْجِنُّ وَالْإِنْسُ يَمُوتُونَ ). Yang bermaksud: Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah diri, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakkal, kepadaMu aku kembali dan keranaMu aku berjuang. Ya Allah, aku berlindung dengan keagunganMu Yang tiada Tuhan selain Engkau dan aku memohon agar Engkau agar tidak menyesatkan aku. Engkau adalah Zat Yang Maha Hidup yang tidak akan mati, sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1. Wajib bertawakal kepada Allah sahaja dan memohon perlindungan daripadaNya.
2. Allah telah menentukan saat kematian bagi jin dan manusia, hanya Allah sahajalah yang hidup, yang tidak akan mati buat selama-lamanya.
3. Berdoa dengan lafaz-lafaz ini yang mencakupi semua jenis kebaikan kerana mengikuti sunah nabi s.a.w.
'the truth is out there'

Lagi daripada TuKuN

Kembali ke Koleksi Artikel