Koleksi Artikel · 2002

Risalah Fikir (162) Uwais Al Qoroniyy Rah A Bhg 7 Bah Akhir

AAdministrator 29 Jul 2002 8 min bacaan

(A) PENGOBATAN/RAWATAN BAGI HATI DAN NIAT ADALAH DUA JENIS PENGOBATAN/RAWATAN YANGTERAMAT SUKAR LAGI PAYAH/SULIT.

(B) UMMAT DI AKHIR ZAMAN PERLULAH MEMUPUK HATI2/JIWA2 MEREKA SUPAYA MENYINTAI/MEMULIAKANUMMAT/GOLONGAN YANG BERIMAN DI AWAL ZAMAN.

Telah berkata Harim bin Hayyaan rah.a. kepada Uwais Al-Qoroniyy rah.a. (mafhumnya) :Wasiatkanlah akan daku !
Lalu kata/wasiat Uwais rah.a. (mafhumnya) :

(i) Berbantalkanlah akan maut bilamana engkau telah tidur !
(ii) Dan jadikanlah maut itu sentiasa berada di muka/depan kedua matamu (nusba 'ainaika) !
(iii) Dan bilamana engkau bangun (drp tidur), maka berdo'alah kepada Allaah swt agar Diaswt mengislaahkan (memperbetulkan/memperbaiki) bagimu akan HATImu (kalbumu/qolbmu) danNIATmu (niyyatmu) ! Maka engkau tidak akan mengobati/merawat akan sesuatu yang lebihbersangatan/berat/susah/payah ke atasmu dari keduanya itu (iaitu HATImu dan Niatmu). (Apayang sering terjadi) di antara hatimu dan niatmu ialah bilamana hatimu bersamamu (ya'niihatimu maju/kedepan), niatmu pula mundur ke belakang, dan bilamana hatimu mundur kebelakang niatmu pula maju/kedepan.
(iv) Dan janganlah engkau memandang kepada kecilnya sesuatu dosa itu, tetapi pandanglahkepada keagungan/kebesaran Dia yang engkau telah durhakai.

Abuu 'Abdullaah Al-Banaajiyy rah.a. telah berkata : Telah menziarah Harim bin Hayyaanrah.a. akan Uwais rah.a., lalu kata Harim rah.a. (mafhumnya) ..: Wahai Uwais, tetaplahtuan menghubungi kami dengan 'amalan ziarah (ziyaaroh) !
Maka berkatalah Uwais rah.a. (mafhumnya): Aku telah menghubungimu/menggabungimu dengandengan apa yang lebih bermunaafa'at daripada ziyaaroh dan pertemuan, iaitu dengan berdo'asecara bidzohril-ghoib (iaitu berdo'a untuk seseorang tanpa diketahuinya), kerana ziyaarohdan pertemuan (liqoo`) itu (kadangkala) lebih terdedah/
memperlihatkan pada keduanya akan tazayyun (berhias2) dan riyaa`/riaa`(menunjuk2).

Kataku (kata perawi) ...(mafhumnya)..: Adalah Uwais rah.a. itu lebih sibuk masanya dalamber'ibaadah daripada riwaayat, selain bahawasanya sesungguhnya dia telah mengirsaalkanakan al-hadiith drp Nabi saw.

Hamiid bin Soolih rah.a. telah berkata : Aku telah mendengar Uwais Al-Qoroniyy rah.a.berkata bahawa telah bersabda Rasuulullaah saw ....(mafhumnya)...:
Berjaga2lah kalian akan daku (bagi pihakku) mengenai Sahabat2ku, maka sesungguhnyatermasuk di antara tanda2 Saa'ah/Qiyaamat itu adalah bahawa mela'nat/mengutuk umat akhirini (umat akhir zaman) akan umat di awal zaman, dan ketika itu terjadilah al-maqt/al-maqtu (kebencian, al-karoohah) di atas bumi ini dan ahli2nya, maka barangsiapahidup/sampai/mencapai (zaman) itu, maka hendaklah dia meletakkan pedangnya di atasbahunya/pundaknya kemudian hendaklah dia menemui Tuhannya 'Azza wa Jalla dalam keadaanseorang yang (mati) syahiid, maka sekiranya dia tidak berbuat demikian maka janganlah diamencela (sesiapa) melainkan dirinya sendiri.

SEDIKIT TENTANG KEWAFATAN UWAIS AL-QORONIYY RAH.A.

Telah berkata pennyusun : sesungguhnya telah diikhtilaafkan tentang waktu kewafatannya.

Drp 'Abdullaah bin Saalim rah.a. katanya (mafhumnya) : Kami telah keluar berghozwah(keluar fii sabiilillaah) di Azerbaijan pada zaman 'Umar bin Al- Khottoob r.a. dan bersamakami adalah Uwais Al-Qoroniyy rah.a. Maka tatkala kami pulang, dia telah jatuh sakit, makakami membawanya, maka dia telah tidak tertahan lalu mati/wafat. Maka kami berhenti untukmengkebumikannya, maka tiba2 kami telah dapati sebuah kubur yang sudah digali (mahfuur)dan air yang bercucuran melimpah ruah (maskuub) dan sehelai kain kafan dan hanuut (ramuanyang diisikan pada mayat). Maka kami pun memandikan (mayat)nya, dan mengkafankannya dankami menunaikan solat atasnya.
(Setelah kami bertolak meninggalkan tempat pengkebumian itu), maka sebahagian drp kamiberkata kepada sebahagian yang lain (mafhumnya)..: (Apakata) kiranya kita kembali semulamaka dengan itu kita dapat (lebih) mengetahui akan kuburnya.
Maka kami pun berangkat semula menuju ke kuburnya, tapi bila sampai di sana, satu kuburpun tidak ada, malah kesan pengkebumian sedikit pun tidak ada !

Berkata penyusun (mafhumnya) : Dan sesungguhnya ada diriwayatkan bahawa dia (Uwais rah.a.)telah hidup selepas itu dalam jangka waktu yang panjang.

Daripada 'Abdurrahmaan bin Abii Lailaa rah.a. katanya (mafhumnya)...: Seorang penyerutelah berseru pada Hari Siffain
...(mafhumnya)...Adakah Uwais di kalangan kaum yang ada ini ?
Maka dia didapati terbunuh sebagai seorang yang gugur syahiid (di kalangan qotlaa/orang2yg telah gugur).
(Berkata penyusun : Ini adalah yang sohih).

Begitulah terjemahan kasar drp kitab SIFAH AS-SOFWAH, jilid 3, halaman 55, 56 & 57,susunan Al-Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a., cetakan DaarulMa'rifah, Beiruut, Lubnaan.

Begitulah sedikit tentang Uwais r.a.
Antara pengajaran/iktibaar/kesimpulan yang dapat kita ambil kali ini, antara lain, adalah:

[1]

A

Ditulis oleh

Administrator

86 artikel dalam koleksi

Semua tulisan

Lagi daripada Administrator

Kembali ke Koleksi Artikel