Hadis Rasulullah S A W

TuKuN 12 Nov 2002
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana keimanan kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, maka dia diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Keterangan terhadap ganjaran puasa yang dilakukan secara ikhlas kerana Allah s.w.t dan ia merupakan sebab untuk mendapatkan keampunan dosa-dosa yang berkaitan dengan hak Allah s.w.t.
2- Maksud perkataan: "Kerana keimanan kepada Allah" adalah membenarkan janji Allah dengan ganjaran pahala berpuasa.
3- Maksud perkataan: "Kerana mengharapkan pahala daripada Allah" adalah meminta ganjaran pahala hanya daripada Allah s.w.t sahaja tanpa mempunyai maksud yang lain seperti riak atau sebagainya.
'the truth is out there'