Hadis Rasullulah S A W

TuKuN 14 Oct 2002
Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w memegang tangannya sambil bersabda:
Wahai Muaz! Demi Allah aku sangat sayang kepadamu, demi Allah aku sangat sayang kepadamu. Kemudian baginda bersabda lagi: Aku berpesan kepadamu, wahai Muaz! Setelah selesai sembahyang, janganlah kamu lupa untuk membaca: (اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ). Yang bermaksud: Ya Allah! Bantulah aku untuk sentiasa menyebut namaMu dan bersyukur kepadaMu serta memperbaiki ibadat kepadaMu.

(Hadis riwayat Abu Daud).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan Muaz bin Jabal r.a dan kesayangan Rasulullah s.a.w terhadapnya.
2- Penjelasan tentang kelebihan zikir kepada Allah s.w.t kerana zikir akan membawa kepada kesyukuran dan kesyukuran akan membawa kepada pengabdian yang tulus ikhlas.
'the truth is out there'