Hadis Rasullulah S A W

TuKuN 14 Oct 2002
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa sahaja yang keluar dari rumahnya dengan membaca: (بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ). Yang bermaksud: Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Dia dikatakan: Kamu telah mendapat petunjuk, kamu telah dijamin, kamu dipelihara dan dijauhkan dari syaitan.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Petunjuk Nabi s.a.w tentang doa yang dibaca ketika keluar dari rumah.
2- Kelebihan zikir dan ia merupakan benteng bagi umat Islam dari godaan syaitan.
3- Kelebihan tawakal dan berlindung kepada Allah s.w.t dengan ucapan dan perbuatan kerana ia merupakan benteng bagi umat Islam dari segala kejahatan.
4- Digalakkan supaya membaca doa ini ketika keluar dari rumah untuk mendapatkan keberkatan.
'the truth is out there'