Koleksi Artikel · 2002

Hadis Rasullulah S A W

TTuKuN 14 Oct 2002 1 min bacaan
Diriwayatkan daripada Jundub bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Ada seseorang berkata: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni dosa Si Polan. Kemudian Allah s.w.t berfirman: Siapakah yang bersumpah di atas namaKu bahawa Aku tidak mengampuni dosa Si Polan? Sesungguhnya Aku telah mengampuni dosa Si Polan dan Aku telah menghapuskan amal kebaikan kamu (orang yang bersumpah tadi).

(Hadis riwayat Imam Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Rahmat dan keampunan Allah s.w.t terhadap hambaNya adalah terlalu luas.
2- Ancaman bagi sesiapa yang memandang remeh terhadap salah seorang dari kalangan umat Islam.
3- Kita tidak boleh menjatuhkan hukum terhadap apa yang berada di dalam bidang kuasa Allah s.w.t kerana tindakan yang sedemikian adalah merupakan adab yang kurang sopan terhadap Allah s.w.t.
'the truth is out there'

Lagi daripada TuKuN

Kembali ke Koleksi Artikel