Risalah Fikir (292) (a) Kenapa Kehebatan Allooh Swt Tercabut Drp Hati Kita ? (b) Tanda2 Orang Yg Meremehkan 'amalan Amar Ma'ruuf Dan Nahi Mungkar
Disunting oleh editor myMasjid untuk ejaan dan susunan. Tulisan asal tersedia dalam tab sebelah.
Beliau berkata:
MAN TAROKA AL-AMRO BI AL-MA'RUUFI WA AN-NAHYA 'ANI AL-MUNKARI MIN MAKHOOFATI AL-MAKHLUUQIINA NUZI'AT MINHU HAIBATULLAH TA'AALAA FALAU AMARO BA'DHO WALADIHI AU BA'DHO MAWAALIIHI LASTAKHOFFA BIHI.
Mafhumnya (lebih kurang):
"Sesiapa yang meninggalkan amalan amar ma'ruuf (iaitu memerintahkan atau menyuruh orang lain supaya melakukan kebaikan dan perkara-perkara ma'ruuf) serta amalan nahi mungkar (iaitu mencegah atau melarang orang lain daripada melakukan perkara-perkara mungkar) kerana takut kepada makhluk (manusia dan sebagainya), maka akan dicabut daripadanya kehebatan Allah Ta'aalaa (Haibatullah).
Sekiranya dia hanya melakukan amalan amar ma'ruuf terhadap sebahagian daripada anak-anaknya sahaja atau sebahagian daripada mawaalii-nya (sahabat-sahabat, teman-teman, sekutu-sekutu, jiran-jiran, pengikut-pengikut, tetamu-tetamu, anak-anak, majikan-majikan, orang-orang yang menyintainya, orang-orang yang memberikan nikmat kebaikan kepadanya atau budak-budak sahayanya), maka sesungguhnya hal itu bermakna bahawa dia telah memandang ringan dan meremehkan amalan amar ma'ruuf itu sendiri."
Demikianlah kira-kira terjemahan kasar daripada kitab SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al-Imam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy rohimahullah, jilid 2, halaman 181.
Antara pengajaran, i'tibar dan ulasan yang dapat diambil daripada keterangan beliau rohimahullah ialah:
1. Kepentingan amalan amar ma'ruuf dan nahi mungkar
Amalan amar ma'ruuf dan nahi mungkar merupakan suatu amalan yang sangat asas dan penting dalam agama kita. Amalan ini perlu dilaksanakan oleh setiap orang mengikut kemampuan masing-masing.
Apabila kita meninggalkan amalan ini kerana takut kepada makhluk, maka akan dicabut kehebatan Allah SWT daripada hati kita (na'uzubillah min dzalik!).
Sekiranya kehebatan Allah SWT telah tercabut daripada hati kita, maka apakah yang akan terjadi kepada diri kita? Antum jawablah sendiri...
2. Jangan melaksanakan amar ma'ruuf secara terpilih sahaja
Apabila kita melaksanakan amalan amar ma'ruuf secara tidak menyeluruh, iaitu hanya terhadap sebahagian daripada anak-anak dan MAWAAL kita, maka sesungguhnya kita masih termasuk dalam KELOMPOK YANG MEREMEHKAN AMALAN AMAR MA'RUUF ITU SENDIRI!
Maka, apakah kita sanggup berada dalam kelompok tersebut? Tentu sekali kita tidak sanggup...
Bagaimanakah pula kedudukan orang-orang yang langsung tidak melaksanakan amalan ini, malah membenci atau menghalang pelaksanaannya? Antum jawablah sendiri...
Oleh itu, penglibatan kita dalam amalan yang sangat mulia ini perlu diperkasakan, disuburkan dan diperluaskan lagi.
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan para mustakhiffiin (orang-orang yang memandang ringan atau meremehkan) amalan amar ma'ruuf ini.
Apa kata antum yang budiman?
Semoga kita sama-sama dapat mengambil i'tibar daripada peringatan ini.
Wallahu A'lam.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Al-faqiiru ilallah.
MUFRODAAT
[1] ISTAKHOFFA BIHI: Meremehkan, memandang ringan.
[2] ISTIKHFAAF: Hal menganggap sesuatu itu ringan atau remeh.
[3] MUSTAKHIFF: Orang yang memandang ringan atau meremehkan sesuatu.
Telah menerangkan 'Abdullooh bin 'Abdul 'Aziiz Al-'Umariyy (dikenali sebagaiAbuu Abdirrohmaan) roh.a. (beliau adalah termasuk ahli Madiinah,dan beliau wafatpada tahun 184H ketika berusia 66 tahun):
MAN TAROKA AL-AMRO BI AL-MA'RUUFI WA AN-NAHYA 'ANI AL-MUNKARI MIN MAKHOOFATIAL-MAKHLUUQIINA NUZI'AT MINHU HAIBATULLOOHI TA'AALAA FALAU AMARO BA'DHO WALADIHIAU BA'DHO MAWAALIIHI LASTAKHOFFA BIHI .
[Mafhuumnya kira2 : SESIAPA YANG TELAH MENINGGALKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF (IAITUMEMERINTAH ATAU MENYURUH ORANG LAIN BERBUAT BAIK/MA'RUUF) DAN 'AMALAN NAHIMUNGKAR (IAITU MENCEGAH ATAU MELARANG ORANG LAIN DRP BERBUAT PERKARA2 MUNGKAR)LANTARAN TAKUT KEPADA PARA MAKHLUUQIIN (LANTARAN TAKUT KPD MANUSIA DANSEBAGAINYA)MAKA DICABUTKAN DARIPADANYA AKAN KEHEBATAN ALLOOH TA'AALAA (HAIBATULLOOH),MAKA SEANDAINYA DIA TELAH MELAKUKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF TERHADAP SEBAHAGIAN DRPANAKNYA SAHAJA ATAU SEBAHAGIAN DRP MAWAAL-NYA(SAHABAT2NYA/TEMAN2NYA/SEKUTU2NYA/TETANGGA2NYA/PENGIKUT2NYA/TAMU2NYA/ANAK2NYA/MAJIKAN2NYA/ORANG2 YG MENYINTAINYA/ORANG2 YG MEMBERIKAN NI'MAT KEBAIKANKEPADANYA/BUDAK2 SAHAYANYA)SAHAJA MAKA PASTILAH INI BERMA'NA BAHAWA DIA TELAHMEREMEHKAN AKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF ITU SENDIRI].
Begitulah kira2 terjemahan kasar drp SIFAH AS-SOFWAH, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman 181.
Antara pengajaran/i'tibaar/ulasan yang dapat diambil drp keterangan beliauroh.a. itu adalah :
[1]'Amalan amar ma'ruuf dan nahi mungkar adalah suatu 'amalan yang tersangatasas dan penting dalam agama kita. 'Amalan ini perlu dilakukan oleh setiap orangsemampu mungkin. Bila kita meninggalkan 'amalan ini kerana takut kepada makhluuq,maka akan dicabutkan kehebatan Allooh swt drp hati kita (na'uudzubillaahi mindzaalik !). Kalau kehebatan Allooh swt telah tercabut drp hati kita, maka apakahyg akan terjadi kpd kita ? Antum jawablah sendiri....
[2]Apabila kita menjalankan 'amalan amar ma'ruuf tidak secara menyeluruh,cuma terhadap sebahagian drp anak dan MAWAAL kita, maka pastilah kita masih lagitermasuk di dalam KELOMPOK YANG MEREMEHKAN AKAN 'AMALAN AMAR MA'RUUF itu sendiri!!! Maka apakah kita sanggup untuk berada dalam kelompok tersebut ? Tentu tidaksanggup.... Dan bagaimanakah pula nak dikelompokkan akan orang2 yang langsungtidak menjalankan akan 'amalan ini (atau membenci 'amalan ini / atau menghalang'amalan ini ) ? Antum jawab sendirilah...... Untuk itu, penglibatan kita dalam 'amalanyang sangat mulia ini perlu dipersuburkan dan diperluaskan lagi...... Semogakita tidak termasuk ke dalam golongan para mustakhiffiin (orang yg memandangringan/meremehkan) akan 'amalan amar ma'ruuf itu...
Apa kata antum yg budiman ?
Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikumwrb. Al-faqiiru ilallooh.
MUFRODAAT :
[1] ISTAKHOFFA BIHI : meremehkan,memandang ringan, ISTIHAANA [2] ISTIKHFAAF :hal mengganggap ringan/remeh [3] MUSTAKHIFF : orang yang memandang ringan, orangyg meremehkan.