“Berbezanya orang lemah selalu buta tatkala berusaha, apabila menghampiri kejayaan dia semakin buta dan hatinya benar-benar tidak terbuka.â€Â
Matlamat telah ada, bagus. Azam juga sudah dipasak, bagus. Usaha akan digembleng, ya bagus. Kejayaan semakin jelas, oh itu selalu mengelirukan.
Ramai orang bermula pada garisan yang betul, kemudian berlari pantas mengejar matlamat, tetapi ketika menghampiri garisan penamat dia mula kehilangan tenaga. Menyangka kejayaa...
“Berbezanya orang lemah selalu buta tatkala berusaha, apabila menghampiri kejayaan dia semakin buta dan hatinya benar-benar tidak terbuka.â€Â
Matlamat telah ada, bagus. Azam juga sudah dipasak, bagus. Usaha akan digembleng, ya bagus. Kejayaan semakin jelas, oh itu selalu mengelirukan.
Ramai orang bermula pada garisan yang betul, kemudian berlari pantas mengejar matlamat, tetapi ketika menghampiri garisan penamat dia mula kehilangan tenaga. Menyangka kejayaan semakin hampir untuk dicapai, dia kerap tersenyum lalu akhirnya larian menjadi perlahan. Tatkala dia hampir mencecah garisan penamat orang lain tiba-tiba memintas.
Kita selalu tersilap jangka. Kejayaan yang mulai nampak selalu disangka satu jaminan. Padahal kejayaan itu masih perlu dicapai. Selagi belum berada di telapak tangan, bukanlah lagi kejayaan namanya. Selagi belum melepasi anak tekak belumlah lagi rezeki namanya.
Dayung ada di tangan, perahu masih terolang-aling, pulau sudah kelihatan tetapi muka telah mengukir senyuman. Lalu berhenti mengayuh, terpesona dengan perhentian yang dijanjikan, terlupa arus terus mengalir lalu menghanyutkan.
Kita selalu menjadi tidak cekap apabila menghampiri kejayaan. Di situ silapnya kita. Apabila melihat kejayaan semakin hampir kita mula mengurangkan usaha. Kita sangka kejayaan itu kita punya, pasti dapat. Tidak selalunya begitu, sesuatu yang menjanjikan bukanlah satu janji. Sesuatu yang kelihatannya pasti belum lagi pasti. Selagi belum disah milik sesuatu boleh terlepas pergi.
Pada mulanya wakil insuran itu hanya dapat menjual satu polisi. Pelanggannya seorang ketua keluarga yang telah ada dalam senarai pelangan-pelangan berpotensinya sejak dulu. Dia telah berjaya namun kejayaan yang boleh dipertingkatkan lagi.
Dari hari ke sehari dia melobi ketua keluarga ini hingga akhirnya ketua keluarga berkenaan membeli polisi untuk seluruh ahli keluarganya. Itu satu kejayaan besar dan lumayan sekali. Kejayaan semakin dihampiri. Dia tersenyum – bangga, puas dan yakin. Dia berhenti mengayuh kerana menyangka kejayaan sudah di tangan. Setelah satu-satu polisi ditanda tangan bermakna pulau impian bukan lagi satu fantasi.
Apabila polisi telah siap, dia menghantar mesej kepada ketua keluarga berkenaan untuk satu temu janji. Dia menerima mesej balasan supaya meminda tarikh berkenaan. Dia membalas dengan mengatakan tarikh yang dicadangkan oleh ketua keluarga berkenaan tidak dapat dipenuhinya, tanpa alasan.
Tiba-tiba dia menerima mesej berbunyi, “Orang Melayu, apabila menghampiri kejayaan selalu jadi tak cekap.†Dia terseradung, lalu tersedar dari khayalan. Tergesa-gesa dia mendatangi ketua keluarga berkenaan.
“Sayang sungguh, andainya awak bertindak sebagaimana mula-mula awak membawa proposal dahulu, awak bukan setakat mendapat saya dan anak-anak saya tetapi seluruh ahli keluarga saya - adik beradik, emak, anak-anak saudara, rakan kongsi, kawan-kawan bahkan tak mustahil setiap jenis perlindungan yang ditawarkan.â€Â
Silapnya kita apabila melihat mendung di langit, segera mencurahkan air di tempayan. Rupa rupanya hujan tidak turun hingga ke petang.
Pelangi itu indah tetapi sekadar penyedap mata, ia tidak boleh dicapai dan tidak boleh membantu apa-apa. Tatkala matahari mencerlah garang, sambutlah dengan usaha-usaha luar biasa, sebab tatkala ia telah tenggelam di ufuk malam, kita layak mengira kejayaan.
Andainya pelangi hanya penghias langit, sinar mataharilah sumbernya.
Andainya kejayaan jadi matlamat, usahalah taruhannya.
senyum itu sedekah...senyum mengeratkan ukhuwah...senyum la selalu :)
mana putera ni..
cian anggerik...
alhamdulillah zana sihat..
cik gu apa khabar???
begitu juga yg lain????
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."