Dulu ana pernah berada hampir dengannya tapi ana sering buat tak tahu.. kasih sayang yang ditunjukkan jarang sekali ana pedulikan.. malah kadang2 bila dia marah.. ana merasa takut hanya sebentar… bila ana fikirkan kembali.. betapa ana sombong kala itu..
Satu ketika ana kecewa dengan hidup ana.. hidup ana terumbang-ambing di bawa badai gelora dunia remaja.. ana tak tahu nak menuju kemana.. di depan ana kala itu hanya kehancuran dan kebinasaan yang menanti.. begitu hebat pe...
Dulu ana pernah berada hampir dengannya tapi ana sering buat tak tahu.. kasih sayang yang ditunjukkan jarang sekali ana pedulikan.. malah kadang2 bila dia marah.. ana merasa takut hanya sebentar… bila ana fikirkan kembali.. betapa ana sombong kala itu..
Satu ketika ana kecewa dengan hidup ana.. hidup ana terumbang-ambing di bawa badai gelora dunia remaja.. ana tak tahu nak menuju kemana.. di depan ana kala itu hanya kehancuran dan kebinasaan yang menanti.. begitu hebat penangan cinta remaja.. bila kecewa terasa segala-galanya hancur musnah.. (hebat jugak kuasa cinta ni ek..)
Mungkin itu satu pengajaran buat ana dan mungkin juga satu panggilan pulang buat ana.. PENGAJARAN kerana ana melalaikan kasih yang abadi dengan memilih kasih di sisi mausia yang sering saja berubah hala.. PANGGILAN PULANG buat ana yang telah tersesat jauh dalam badai cinta remaja yang seronoknya hanya sebentar..
Satu hari, terdetik di hati ana untuk membelek semula Hard Disk diri.. scan virus yang ada.. bukan setakat Trojan dan Ravmonlog.. banyak lagi virus yang diternak dalam HardDisk yang tak pernah ana scan since 2 3 since ni.. scan punya scan.. tup2 antara virus yang terpop up tu ada yang namanya MAKSIAT.. bergetar hati ini melihat banyaknya virus jenis maksiat ni diternak dalam harddisk diri..
Kala itu macam2 ana rasa.. sedih.. nak nangis.. memberontak.. hati ana meronta.. kalaulah masa boleh diputar semula ana takkan biarkan virus maksiat diternak dalam harddisk ana.. Ya Allah begitu besar ruang dalam harddisk yang dimakan virus tu.. tapi ana teringat kata2 seorang sahabat.. “kalau dikalau-kalaukan apa yang dikalau-kalaukan, maka akan terkalau-kalaulah apa yang dikalau-kalaukanâ€Â.. maksudnya tak guna kita mengkalaukan sesuatu itu.. apa yang dah berlalu akan terus berlalu dan ia semakin jauh dari kita saat demi saat..
Akhirnya ana mengambil keputusan untuk menginstall semula antivirus yang lebih power untk menyingkirkan virus2 ni dari harddisk ana.. walaupun tak 100% at least up to 50%.. bila selalu di scan dan di cuci, lama2 InsyaAllah akan clearlah harddisk tu dari virus2 yang merbahaya tu…
Sekarang berbalik kepada kisah cinta ana tadi.. proses pembersihan harddisk tadi memang berkait rapat dengan kisah Buah Hati Pengarang Jantung ana ni.. Apa kaitannya?.. hehe.. let me continue my story..
Setelah harddisk ana melalui pembersihan dari virus2 tu process by prosess, barulah mata ini terbuka sedikit demi sedikit.. baru ana sedar.. kasih yang pertama melamar ana yang tak pernah ana ambil peduli tu, adalah kasih yang sebenar.. Apa buktinya?.. bila ana terumbang-ambing dalam lautan kesesatan.. siapa yang selamatkan ana? DIA.. bila hati ana resah gelisah.. manusia sendiri tak mampu nak bantu ana hilangkan kegelisahan tu.. sebaliknya DIA lah yang menunjukkan jalan keluar dan arah ketenangan buat ana..
Tak cukup lagi.. bila ana jatuh dan kecewa dengan hidup ana, DIA bagi ana semangat untuk bangun semula.. bukan setakat semangat yang hadir dalam diri ana.. malah perhatianNya membuatkan ana JATUH CINTA sekali lagi.. tapi kali ini lebih pasti masa depannya.. sebab apa pula lebih pasti?.. Sebab.. janji2NYA bukanlah sekadar omong kosong atau kata2 manis.. JanjiNya pasti!.. siapa yang beroleh kasihsayangNya.. orang itu akan berbahagia.. bukan setakat kat dunia ni.. malah kat akhirat kelak.. kehidupan yang tiada lagi kematian selepas itu..
Dialah ALLAh.. Dialah PILIHAN HATIKU…
Sahabat2 yang ana kasihi..
Bersama kita hayati bait2 nasyid oleh kumpulan mawaddah kat bawah ni..
Terima kasih wahai tuhanku,
Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya,
Membenarkan aku menghadapMu tuhan
Yang maha pengasih dan maha penyayang
Untuk bercakap denganMu tuhan
Mengizinkan ku minta padaMu
Memuja memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat padaMu ya Rabbi
Tapi aku khuatir
Ketika menghadapMu
Iidak pula pandai beradab denganMu
Aku mula bimbang
Kalau aku derhaka
Dalam ketaatan
Bukan rahmat dariMu yang ku dapat
Tapi ku kan dapat kemarahanMu
Ya Rabbal `alamiin
Maafkanlah aku..
Sumber: fwd mail
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
mengatasi segala-galanya,
disamping memohon doa dari
Allah SWT semoga selamat.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman.