Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya
dapat, yang
membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini
saya dapati selepas
menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya
baru-baru ini. Ustazah
yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini...
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah
di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri
tersebut adalah guru
biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan.
Beliau tiba di rumah
...
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya
dapat, yang
membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini
saya dapati selepas
menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya
baru-baru ini. Ustazah
yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini...
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah
di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri
tersebut adalah guru
biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan.
Beliau tiba di rumah
sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum
zohor. Kedua-dua suami
isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun
beberapa orang dari 8
orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang
mana yang paling tua
dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari
sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang
baru pulang untuk
solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya
yang berumur
lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh
tatkala melihat jemaah yang
sedang solat, dia mengambil wudhu dan solat
bersama jemaah, ia ikut
ruku apabila imam ruku. Dia ikut sujud
apabila imam sujud. Dan
selesai imam memberi salam,dia bangun
menyelesaikan satu rakaat
solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik
yang berumur 8 tahun
ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat
terkejut dan kami
yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan
betapa taatnya
anak-anak yang masih kecil ini menunaikan
perintah ALLAH tanpa
pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang dewasa dan
tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila
subuh, ustazah
menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang>
kalau saya tak
lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air
dilihatnya anak-anak kecil
sedang sibuk ambil wudhu. Bayangkan 7 orang
budak lelaki dengan yang
paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh
ntah berapa tahun sibuk
mengambil wudhu di bilik air di waktu subuh
paling awal. Si ayah
menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan
sabar sambil
berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk
ustazah). Sewaktu hendak
mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang
masih bayi (yang
sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak
menangis mengganggu
jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi
cerita tak berakhir di
situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur
kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya
dia apabila hendak
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap
jemaah sambil berkata,
Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah
mengenai solat dan
puasa... . Dan 8 orang anak termasuk si ibu
dengan tekun
mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu
mengapa didikan
sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia
menjawab bahawa itu
persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka
berharap agar
anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat
membacakan
sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi
dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat
anak-anak mereka
terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita
sendiri...
Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat
mengamalkan solat
jemaah dalam keluarga ???
Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun
yang pandai solat
masbuk???
Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang
pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik
anak-anak mereka
sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah
ALLAH tanpa suruhan
dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang
saya sampaikan ini menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua...
"Udep Sare Mati Syahid"
"Udep Sare Mati Syahid"