Iman itu indah
andai kau menghiasinya dengan taqwa & taat.
Islam itu indah
andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya
& menuruti segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.
Teman itu mulia
jika dia mengetuai perjalanan kita menuju kepadaNya dengan benar.
Wanita itu cantik
andai akhlaknya mulia, mempunyai peribadi yang tinggi,
menjaga maruahnya dan suci hatinya daripada noda..
Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
d...
Iman itu indah
andai kau menghiasinya dengan taqwa & taat.
Islam itu indah
andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya
& menuruti segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.
Teman itu mulia
jika dia mengetuai perjalanan kita menuju kepadaNya dengan benar.
Wanita itu cantik
andai akhlaknya mulia, mempunyai peribadi yang tinggi,
menjaga maruahnya dan suci hatinya daripada noda..
Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun.
Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,
ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.
Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,
janganlah kau berputus asa,
ujian Tuhan memanglah berat,
tetapi hasilnya adalah untukmu,
dan tiada lain, hanya untukmu,
kau akan mendapat darjat yang tinggi disisiNya..
Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar,
ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu
dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..
Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,
bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,
sesungguhnya umat sebelummu,
lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...
Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah,
aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
sabarlah tenanglah
Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
Biarkan mereka mengambil alih dosamu
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Itu bahasa ibunda y, mistilah dia tahu. disamping tu, kalau y tak ada kita kena tanya Comey, tapi la ni Comey pun tak ade, nak tanya siapa ye? kal;au putera tu, merapu boleh le.
kita yang bukan, jangan buat heboh macam jom heboh di TV3 tu.tanya dia punya pakar lah.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman.