Zana.
Zana.
16 years
1574 views

Duri Pun Mendatangkan Pahala

Sesungguhnya anugerah ALLAH Taala itu amatlah luas, ganjarannya kepada para hamba-Nya amatlah besar dan pahala-Nya amatlah banyak. Apa yang harus dilakukan oleh seseorang adalah bersyukur ketika dalam senang dan bersabar ketika dalam keadaan susah sambil menunggu pertolongan ALLAh, Tuhan bumi dan langit , Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah orang muslim ditimpa kesukaran dan keletihan, dukacita dan sedih, penderitaan dan kemurungan, bahkan duri yang menusuknya sekali pun, melainka...
65 comments
Share this post

Comments (65)
Zana.
Gitu lah harapannya....

Amin.....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
16 years
ashfat
Insya Allah.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.
16 years
Zana.
jika begitu...

di izinkan..

Moga kita sama2 bertemu mereka di alam sana yang abadi....

Insyallah...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
16 years
ashfat
tak rampasssss!

sekadar tumpang bermanja,

selain dari bermanja denga emak sendiri.

tak kan tak leh kot?

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.
16 years
Zana.
mana boleh nie...

jaganlah rampas kasih mereka....

nak share sikit2 ja zana izinkan...

Ash...

mungkin ada juga kebenaran apa yg ash firasatkan...

apa pun zana memang rindukan saat2 bermanja dengan mereka tu..

bertahun juga nak kering air mata hilangkan memori bersama mereka...

macam yg penah zana tintakan dulu...

Sepi itu indah..

Rindu itu parah...

hidup mesti tabah.........

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
16 years
ashfat
tak caya sudah.

pegi le tanya dia orang tu?

Zana,

orang tua-tua yang punya banyak ilmu, selalunya mengetahui ketika dia hendak meninggalkan kita semua. pada as, y lebih arif dalam bab yang macam ni. as berdasarkan pada apa yang selalu kita berinteraksi di MM nie. mungkin kedua-dua pak aji itu adalah malaikat. Walaupun mata nek tak nampak, namun hatinya diberi Allah dapat melihat. Inilah kelebihan mereka yang setia pada Allah dan Rasul.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.
16 years
Zana.
ashfat....

tak caya.. tak caya...

apa yg ashfat gula2kan mereka nie...

nanti nak tanya nek..

tapi nek nyang zana nie dia memang paling tak suka marahkan kanak2...

Emmm...

ada kisah tentang arwah nek nyang zana nie di akhir2 nafas kehidupannya... dan hingga kini masih tinggal persoalan pada kami semua....

alkisahnya begini>>>>

Dulu bila time selesai menuai padi (padi akan di jemur untuk di keringkan) zana antara kanak2 yg merasai pengalaman mengusir burung dengan bunyi tin yg di regang tu (tapi rumah zana bukan di tepi sawah) sawah nek jauh di kampung lain... cuma padi je yg di bawa kesini.. dengan apa??? zana tak tahu dan tak ingat tentang tu.. jadinya nek dan kami yg lain sibuk di kawasan luar rumahlah...

Perihal nek nyang zana nie...

dia merupakan seorang tenaga pengajar al-quran di rumah.. tapi pada masa zana wujud dia tidak mengajar lagi. matanya telah menjadi buta (rasanya klu dlm teknologi terkini org pangill jadi selaput putih tu) walahualam zana pun tak pasti. ok lah berbalik kepada kisahnya tadi...

semasa kami semua sibuk tu. dia berada di atas rumah dengan mama zana. mama zana tgh berehat dan tertidur di ruang hadapan rumah..(ruang duduk bila tetamu datang iaitu selepas kita menaiki beranda)

petangnya selesai padi dikeringkan dan di simpan dalam kepuk. kami mandi dan berkumpul nek nyang zana membuka kisah...

katanya tadi ada dua orang pak haji beserban datang menaiki motor. dia naik keatas rumah dan berborak dengan nya (nek nyang zana). mama zana mula gelabah. habis dia macam mana yang tidur di ruang hadapan tu. katanya nek nyang zana tak tahulah.. (mama terdiam memikirkan.. pelik...) kata nek nyang lagi pak haji tu bertanya kenapa mak lang tak mengajar lagi??? nek nyang zana kata dah tua.. tak larat lagi... satu lagi yg kami pelik kenapa tak bagi tahu je yg mata dia tak nampak lagi.. dan bagaimana pula dia tahu org tu pak haji beserban pula tu.. memang menghairankan... tinggallah kami dengan penuh tanda tanya...

selang tak berapa lama. di suatu subuh yang hening dia memanggil nek.. mama.. pak cik (yg masa tu kebetulan cuti semester) datang padanya... dia suruh nek pakaikan dia baju.. sanggulkan rambutnya.. katanya dia dah tak berdaya... selesai semuanya.. dia berkata pada nek.. mama.. dan pak cik (aku dan adik beradik lain masih tidur masa situasi ni. aku darjah 1 masa tu.. katanya " cepatlah siapa yang nak bersalam memohon maaf dengan ku, sementara masih boleh bercakap. nanti bila semuanya sudah kaku tiada apa lagi yang boleh dibuat" (lebih kurang gitulah yg di ceritan nek.. mama.. dan pak cik. mama aku bersalam acuh tak acuh pelik dan terkedu dgn segala yg berlaku secara spontan itu..

kemudian dia suruh nek.. mama.. pak cik memanggil jiran2. bila nek.. mama.. pak cik mengatakan tak perlu sebab hari masih awal benar. katanya "usah bantah.. pergilah..". akhirnya mereka akur.

selesai memanggil jiran2. nek.. mama.. pak cik pulang semula kerumah.. sampai sahaja di atas didapati nek nyang ku telah siap mengiamkan tangannya sendiri. lantas pak cik ku membisikkan kalimah keramat lailahaillallah ke telinganya... sejurus kemudian keluarlah roh meninggalkan jasadnya.....

setelah apa yg terjadi kami kembali terkenang apa yg berlaku pada hari2 sebelumnya itu.. adakah dua haji itu malaikat maut???entahlah.. hingga kini persoalan tinggal persoalan...

ashfat..

sori kalau ada tinta zana yg ashfat kurang jelas. ashfat boleh bertanya.. sendu dah mula mengiringi jiwa. rindu sangat dengan mereka. moga bersua dialam sana yang abadie... Al-fatihah buat mereka yg telah pergi................

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
16 years
ashfat
mana ada.

elehhhh! mereka berdua dah cayangkan ashfat lebih dari Zana.

tak caya pegi tanya mereka.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.
16 years
Zana.
tu lah...

ashfat kan tak nampak zana dibelukar separuh jalan tu..

bila ashfat terus sampai hujung kebun..

tunggu lagi...........

yg satu ni ashfat susah nak memenanginya..

sebab nek dan nek nyang sanggup buat apa sahaja untuk zana...

sedangkan adik abang zana pun kena marah..

apatah lagi ashfat...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
16 years
ashfat
macam mana tengah duduk dalam belukar,

tiba-tiba dah naik ke rumah?

ada ilmu sihir ke?

as takut tok dengan tok nyang Zana

belantan as. kedua-dua orang tua kena bagi tiplah.

kena ada kepintaran bgi membolehkan mereka suka pada as.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.
16 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.