Sedar-sedar rupanya saya sekarang telah juga menceburi bidang pendidikan. Sememangnya ada peluang untuk saya melompat ke bidang lain tatapi saya rasa memang minat saya dibidang pendidikan. Sebaagaimana saya dulu dididik maka saya sekarang ini menjadi pendidik.
Saya rasa saya ingin memberi beberapa nasihat buat diri sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang bergelar murid.
1-Kuasai ilmu-ilmu asas dengan baik.
Kalau anda bidang pengajian Islam misalnya, pastikan penguasaan bahasa Arab, Usul ...
Sedar-sedar rupanya saya sekarang telah juga menceburi bidang pendidikan. Sememangnya ada peluang untuk saya melompat ke bidang lain tatapi saya rasa memang minat saya dibidang pendidikan. Sebaagaimana saya dulu dididik maka saya sekarang ini menjadi pendidik.
Saya rasa saya ingin memberi beberapa nasihat buat diri sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang bergelar murid.
1-Kuasai ilmu-ilmu asas dengan baik.
Kalau anda bidang pengajian Islam misalnya, pastikan penguasaan bahasa Arab, Usul Fiqh dan ilmu-ilmu asas yang lain. Mengapa ianya penting? Ini kerana penguasaan asas inilah tapak bagi langkah seterusnya. Masaalah pelajar biasanya bahasa Arab kantoi, sedangkan bahasa adalah kunci untuk menyelongkar khazanah ilmu. Kalau baca kitab tak faham mcm mana?
Saya tengok ramai geraduan yang membawa title ustaz tetapi asas ilmunya amat cetek, pastu dia mula merapau-rapu dalam masyarakat. Jadilah isu yang besar sebagai benda remeh dan isu-isu remah sebagai bahan yang diperbesar-besarkan. Tidak lain dan tidak bukan kerana kedangkalan mereka dalam memahami asas syariat.
2- Budayakan Ilmu.
Ilmu bukan sesuatu yang tertulis dalam buku sahaja, tapi ilmu itu hidup dalam jiwa. Jika kita mampu menjadikan ilmu itu berinteraksi dengan jiwa maka ilmu akan jadi sesuatu yang hidup. Maksud saya, jadilah tindakan kita berdasarkan ilmu. Contoh yang paling mudah antaranya ialah orang yang tidak berilmu bertindak berdasarkan trend dan iklan TV, tapi kita berdasarkan keperluan dan tuntutan.
Antara maksud membudayakan ilmu juga ialah menghormati pengkhususan. Ramai orang yang hanya belajar agama dimasjid tapi tidak segan mengupas persoalan hukum hakam dengan mendalam. Ada penyanyi yang baru pandai nasyid tapi tiba-tiba berdiri diatas mimbar. Dia berkhutbah tentang itu dan ini sedangkan ilmunya dalam bidang nyanyian. Ada juga ustaz yang mengharamkan itu dan ini tetapi tidak faham hakikat benda yang dituturkan.
http://benmokhtar.blogspot.com
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."