LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa minuman Ribena dan Lucozade mewngandungi arak.
Birmingham Post semalam (2.4.2009) melapurkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa kedua-dua air minuman tsb. mengandungi arak walaupun pada paras terendah. Peraturan mensyaratkan pengeluar produk itu; Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungku...
LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa minuman Ribena dan Lucozade mewngandungi arak.
Birmingham Post semalam (2.4.2009) melapurkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa kedua-dua air minuman tsb. mengandungi arak walaupun pada paras terendah. Peraturan mensyaratkan pengeluar produk itu; Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak pada kadar terendah.
Bagaimanapun umat Islam yang diharamkan daripa meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dgn jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.
Pengerusi Masjid Jamik Birmingha, Dr. Mohammed Nassim menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dgn jelas.
"Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ini halal tetapi sebaliknya." katanya
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan, berkata bahawa penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu yang lalu dan beliau akan memastikan produk ini tidak ada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan, lebel minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih dari 50 komponen Beliau juga mengakui minuman Lucozade berperisa asli, limau tropika dan citrus mengandungi paras rendah arak dan begitu jugalah dengan 5 perasa yang disediakan untuk Ribena..... Agensi.
yang merah itu saga, dan yang putih itu kendi.
Ada lagi ke pokok petai di belakang rumah tu?
Kan ari tu katanya, dah ditebang.
yang merah itu saga, dan yang putih itu kendi.