Malu bermaksud menahan diri daripada perkataan yang keji-keji dan berbuat perbuatan yang hina.
Malu itulah sifat orang mukmin dan dengannya dapat disempurnakan agamanya. Sabda Rasulallah yang bermaksud,"Malu itu setengah daripada iman dan iman itu di dalam syurga." dan firmannya lagi, "bermula malu itu ialah agama semuanya".
Terdapat beberapa bahagian malu itu, antaranya:-
- Malu kepada Allah SWT: iaitu menjunjung perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2...
Malu bermaksud menahan diri daripada perkataan yang keji-keji dan berbuat perbuatan yang hina.
Malu itulah sifat orang mukmin dan dengannya dapat disempurnakan agamanya. Sabda Rasulallah yang bermaksud,"Malu itu setengah daripada iman dan iman itu di dalam syurga." dan firmannya lagi, "bermula malu itu ialah agama semuanya".
Terdapat beberapa bahagian malu itu, antaranya:-
-
Malu kepada Allah SWT: iaitu menjunjung perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
-
Malu kepada manusia: iaitu tidak menyakiti dan tidak berkata sesuatu yang ada di sisi mereka itu serta memelihara kesopanan dan kemuliaannya.
-
Malu kepada diri sendiri: iaitu dengan menjaga diri dari berbuat perkara yang diharamkan oleh syaraq dan kerendahan martabat seperti mengikut hawa nafsunya. kata orang,"mengikut nafsu: lesu; mengikut hawa: kecewa; mengikut hati: mati; dan mengikut rasa tentulah binasa", dan mendampingkan diri kepada Allah pada tempat yang sunyi dan ramai, yakni Allah SWT sentiasa dalam ingatannya
senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.
Aku masih berdiri dan akan terus berlari..