Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
WASIAT IMAM SYAFIE
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada para muridnya
dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia
dalam keadaan selamat, maka hendaklah
ia mengamalkan sepuluh perkara.
- HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada
dengan rezeki yang ada.
- HAK KE...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
WASIAT IMAM SYAFIE
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada para muridnya
dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia
dalam keadaan selamat, maka hendaklah
ia mengamalkan sepuluh perkara.
- HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada
dengan rezeki yang ada.
- HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi,
membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.
- HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajud dan
membantu orang yang dizalimi.
- HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
- HAK KEPADA MIZAN
(Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir,
mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.
- HAK KEPADA SIRAT
(Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat,
bersikap warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjemaah.
- HAK KEPADA MALIK(Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah swt,
berbuat baik kepada ibu bapa,
bersedekah secara terang-terangan
serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.
- HAK KEPADA RIDHWAN
(Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada Allah,
bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.
- HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
Berselawat ke atas Baginda,
berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadis),
menyayangi para sahabat dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
- HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Rasulullah bersabda:
Sampaikanlah pesanku biarpun dengan sepotong ayat
Jadikan apa yang dilihat oleh mata itu untuk berfikir, rasakan dalam hati akan kebesaran Penciptanya