Assalamualaikum...
Diam tak diam, kita semakin menghampiri penutup tirai bulan yang dinaungi rahmat dan maghfiroh dari Allah SWT. Bersyukurlah kerana masih ada kesempatan bagi kita untuk meniti setiap detik akhir Ramadhan ini dengan penuh ketaqwaan dan keimanan bagi memperoleh janji Allah SWT yakni "Pembebasan dari Api Neraka-Nya" serta nikmat "Lailatul Qadr-Nya".
Merintis kisah di zaman para anbia, pada detik-detik sebegini semua hati pasti menjadi sebak dan merintih s...
Assalamualaikum...
Diam tak diam, kita semakin menghampiri penutup tirai bulan yang dinaungi rahmat dan maghfiroh dari Allah SWT. Bersyukurlah kerana masih ada kesempatan bagi kita untuk meniti setiap detik akhir Ramadhan ini dengan penuh ketaqwaan dan keimanan bagi memperoleh janji Allah SWT yakni "Pembebasan dari Api Neraka-Nya" serta nikmat "Lailatul Qadr-Nya".
Merintis kisah di zaman para anbia, pada detik-detik sebegini semua hati pasti menjadi sebak dan merintih sayu lantaran mengenangkan saat berlabuhnya tirai Ramadhan yang semakin menghampir. Bagaikan pasangan kekasih yang sekian lama merindu dan dipertemukan - sedang asyik mengubat kerinduan di kalbu, tiba-tiba kekasih ingin berlalu pergi. Terasa berat rasa hati untuk merelakan perpisahan ini. Justeru, tekad disemat, Azam dipatri untuk memastikan malam-malam terakhir Ramadhan ini tidak akan dipersiakan. Amalan-amalan soleh dilipat-gandakan, sedekah diperbanyakkan, sifat-sifat mahmudah dizahirkan.
Namun, tidak dinafikan umat dizaman mutaakhir ini hati mereka sememangnya turut mudah tersentuh pada saat-saat sebegini. Namun apa yang membezakan dengan umat terdahulu ialah hati kita pasti tersentuh tatkala memikirkan kehadiran sinar Syawal. Memikirkan diri jauh diperantauan, gagal mendapat cuti untuk pulang beraya bersama keluarga tercinta, kehabisan tiket bas dan tak dapat pulang ke kampung halaman atau perasaan kecewa kerana gagal memiliki barangan keperluan bagi meraikan Aidil Fitri yang begitu amat dihajati..
Itulah beza kita dengan umat terdahulu yang menangis kerana perginya Ramadhan yang membawa bersama segala keberkatan dan kemuliaan yang ada padanya....Marilah kita bersama bermuhasabah diri..mudah-mudahan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini dapat kita manfaatkan sebaiknya...
Ketulusan Hati, Penyeri Keperibadian Diri, Merangsang keCINTAan Hakiki, Khusus buat-Mu YARABBI - yen
"Udep Sare Mati Syahid"