Assalammualaikum sahabat,
Masih aku teringat kira-kira 7 atau 6 tahun yang lepas diwaktu yang sama cuma tahun yang berbeza, aku kau dan teman yang sewaktu dengannya makan gaji buta!
Setiap hari, dengan berbekalkan laptop milik syarikat kita bergurau senda bertanya khabar dan kadangkala melancarkan perang saudara.. sungguh manis saat itu.
Masih lagi aku teringat, topik-topik ku menjadi perhatian kalian, pantang aku melalut ada saja yang menyahut! uhhh asyiknya.
Setiap saat aku dihujani p...

Setiap saat aku dihujani panggilan telefon, paling tidak sms beracun. Aku bahagia... sungguh bahagia.
Tapi sahabat, ingin aku berpesan . Jangan terlalu hanyut. Jangan sampai isteri dirembat orang, jangan sampai suami pasang lagi sorang.Dunia tanpa sempadan! Tapi jangan itu dijadikan alasan.
Buat teman-teman yang still aktif dalam site ni, kimi ucapkan taniah. Anda memang seorang yang setia. Sesuai dijadikan suami kalau masih "bujang".
kemaafan buat kalian jika ada terkasar bahasa.
Macam dahulu kala terimalah serangkap pantun dari kimi.
Bila malam terasa syahdu
terkenag kakak, adik dan abang
Biar jauh beribu batu
Nama kalian tetap ku kenang.
berjanji memang mudah.. tunaikan memang payah... sendiri mau ingat!