Zana.
Zana.
18 years
1689 views

hi :-)

Assalamualaikum...

pungguk bertenggek atas pokok,

sambil menyanyi lagu nan merdu,

rindu ku pesan di bayu berpupuk,

Ku titip di laut yang biru

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

44 comments
Share this post

Comments (44)

Zana.
indah berseri bercahaya gemilang

senja merah bercahaya-cahaya

masa tiba untuk menghilang

ada kesempatan bertemu kita

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang

Boleh saya menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi

Insyallah..

Selamat berbuka ye....

Chow....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
18 years
yleadh
pergi bazaar nampak penjaja

penuh jualan berlambak lambak

rasa cam dah dekat senja

baik balik beli murtabak...

chow chinn chauuuu.......

"Udep Sare Mati Syahid"
18 years
Zana.
yeah.. usik2 bawa bahagia...

senyum ssokmo

Orang mengail ikan cencaru

Dapat ikan bawa ke jeti

Kalau tuan kata begitu

Barulah senang di dalam hati

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
18 years
yleadh
baik baik membela lipan

jangan sampai menjadi naga

bersenda gurau mainan kehidupan

jika disimpan merana jadinya

"Udep Sare Mati Syahid"
18 years
Zana.
hi.. hi.. sahabat...

tak de tersalah tafsirannya...

Fikir memikir sama lawak

Jangan dibawa ke Tanjung Jati

Sindir menyindir sesama awak

Jangan dibawa masuk ke hati

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
18 years
yleadh
dalam hati terasa hairan

itik dan ayam berkejar kejaran

jangan sampai tersalah tafsiran

nanti tenggelam dek silap caturan...

heh heh heh sahabat...

"Udep Sare Mati Syahid"
18 years
Zana.
Sahabat..

"tersirat..? hermmm

patah tumbuh hilang berganti"

benarkah bagai dikata...

baru ku tahu di pinggiran aku berdiri...

Anak buaya terenang-renang

Anak kunci dalam perahu

Hanya saya terkenang-kenang

Orang benci saya tak tahu

he.. he...

patah tumbuh hilang berganti..

yeahhhhhhhhh............

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
18 years
lopet
aku jerk yg selalu tak kesempatannn...

allah maha mengetahui
18 years
yleadh
he he he apa bezanya, kot yang ada pun nak amik kesempatan je...

"Udep Sare Mati Syahid"
18 years
lopet
ape nak buat y..

nampaknye ko jerk la yg aku kenal.

allah maha mengetahui
18 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.