Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu gerakan membanteras rasuah, salah guna kuasa dan usaha meningkatkan integriti sentiasa diperkuatkan di negara ini supaya rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang berpendirian tinggi dan dihormati.Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya Kerajaan Bani Abbasiah adalah kerana Rasuah,Ini telah membuktikan sesungguhnya sebuah kerajaan yang agung pun akan runtuh jika pemimpinnya korupsi. Sebab itulah Khalifah Umar Abdul Aziz cukup be...
Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu gerakan membanteras rasuah, salah guna kuasa dan usaha meningkatkan integriti sentiasa diperkuatkan di negara ini supaya rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang berpendirian tinggi dan dihormati.Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya Kerajaan Bani Abbasiah adalah kerana Rasuah,Ini telah membuktikan sesungguhnya sebuah kerajaan yang agung pun akan runtuh jika pemimpinnya korupsi. Sebab itulah Khalifah Umar Abdul Aziz cukup berhati-hati suatu masa dahulu bagi mengelakkan kakitangan supaya tidak melibatkan diri dengan rasuah.(musuh dalam selimut seluruh umat manusia kerana hancur bangsa kerana rasuah ). Kanak –kanak kecil kita sebenarnya sudah lama terlibat dengan rasuah( jangan terkejut!!!, ini bukan tuduhan , tetapi ini fakta yang harus di akui semua manusia), kita di Malaysia khususnya dikampung –kampung kita biasa mengupah anak kecil kita dengan 10 sen ataupun 20 sen jika melakukan sesuatu kerja , contohnya membeli barang di kedai, ini adalah fakta , bukan tuduhan dari saya . Kita tidak boleh menyalahkan Generasi Muda kita jika mereka terlibat dengan rasuah kerana generasi Kita sekarangpun sebenarnya memainkan peranan juga.>>( kita sepatutnya tidak mengamalkan gejala memberi upah kepada anak kecil, kerana ini adalah tunas-tunas rasuah bercambah)…