Imam Muslim meriwayatkan dalam sahih nya dari Abu As-Sa’ib yang pernah menjadi hamba sahaya Hisyam bin Zuhrah, ia berkata ; “saya pernah masuk menemui Abu Said Al-Khudri lalu aku menemui dia sedang solat. Kemudian aku duduk untuk menantikan hingga ia selesai mengerjakan solat. Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu yang bergerak di bawah tempat tidur rumahnya..rupa-rupanya seekor ular, lalu aku berdiri untuk membunuhnya. Akan tetapi Abu Sa’id memberikan isyarat supaya aku teta...
Imam Muslim meriwayatkan dalam sahih nya dari Abu As-Sa’ib yang pernah menjadi hamba sahaya Hisyam bin Zuhrah, ia berkata ; “saya pernah masuk menemui Abu Said Al-Khudri lalu aku menemui dia sedang solat. Kemudian aku duduk untuk menantikan hingga ia selesai mengerjakan solat. Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu yang bergerak di bawah tempat tidur rumahnya..rupa-rupanya seekor ular, lalu aku berdiri untuk membunuhnya. Akan tetapi Abu Sa’id memberikan isyarat supaya aku tetap saja duduk ditempatku.
Setelah selesai mengerjakan solat ia memberikan isyarat kepadaku tentang sebuah rumah yang berdekatan dengan rumahnya lalu berkata : “Tahukah kamu tentang rumah itu?†Aku menjawab: “Yaâ€. Ia berkata lagi: “Rumah itu dahulunya pernah tinggal seorang pemuda yang baru saja menikah,kemudian dia pergi bersama Rasulullah untuk ikut dalam perang Khandaq.
Ketika sedang bersama Rasulullah saw tiba-tiba pemuda itu meminta izin sambil berkata: “Ya Rasulullah, izinkanlah aku untuk menepati janjiku kepada isterikuâ€. Rasulullah saw pun mengizinkannya serta berkata: “Bawalah senjatamu,kerana aku bimbang terjadi serangan dari Bani Quraidah terhadap dirimuâ€.
Kemudian pemuda itu pun pergi menemui isterinya yang secara kebetulan pada saat itu ia melihat isterinya sedang berdiri di antara 2 pintu (pintu di muka rumah). Lalu pemuda itu dengan segera ingin memanah isterinya kerana rasa cemburu. Akan tetapi isteri pemuda itu berkata: “Janganlah kamu bersikap terburu-buru sehingga terlebih dahulu kamu masuk dan melihat apa yg ada di dalam rumahâ€. Pemuda itupun masuk dan melihat ada seekor ular yang sedang berlengkar di atas tempat tidurnya, lalu pemuda itupun melepaskan anak panahnya kepada ular tersebut.
Kemudian pemuda itu bergembira dan melemparkan ular itu di halaman rumah. Ular itu menggeliat di hujung panah dan ketika itu juga pemuda itu tersungkur lalu mati. Tidak diketahui entah mana yg dulu mati, apakah ular atau pemuda itu. Setelah peristiwa ini disampaikan kpd Rasulullah, maka Rasulullah saw bersabda yg maksudnya:
“SESUNGGUNYA DI MADINAH ADA JIN YANG TELAH MASUK ISLAM, KERANA ITU JIKA KAMU MELIHAT SESUATU DARI MEREKA MAKA IZINKANLAH 3 HARI. JIKA MASIH KAMU MELIHATNYA SETELAH ITU MAKA BUNUHLAH,KERANA DIA ADALAH SYAITAN.’’
(HR.MUSLIM)
rz....