Serban Hijau
Serban Hijau
19 years
1648 views

INTELEKTUAL BELIA FROM KEPALA BATAS, PULAU PINANG. TAHUN 2007

MERCY OCEAN (SHEIKH ABDUL RAHMAN AL-QALBI DZIKRILLAH.)

AGUNGKAN ALLAH DAN MULIAKAN RASULULLAH. *** Manusia yang ikhlas pasti menyedari ada satu kekuasaan yang mentadbirkan alam ini, Sesuatu yang agung yang menjalankan urusan tanpa gagal setiap masa. Matahari yang tidak pernah gagal memancarkan cahayanya mengikut ketetapannya, hujan yang turun dengan sukatan yang telah ditetapkan dan kadangkala hujan yang turun dengan sukatan yang luar biasa hingga menyebabkan bumi pun tidak sempat menyerap ai...

3 comments
Share this post

Comments (3)

Serban Hijau
Anak-anak zaman Milenium.!!!!!!!

Allah yang Maha Esa telah menerangkan di dalam Al-Quran, supaya kita semua berbuat baik terhadap ibubapa. Kalaulah zaman sekarang seperti zaman dahulu mungkin banyak anak yang disumpah menjadi burung Helang ataupun Batu. Kalaulah zaman dahulu ( Zaman Si Tanggang- non muslim , Allah Yang Maha Agong boleh memakbulkan doa seorang ibu berketurunan orang darat kerana anaknya yang telah dibesarkan dengan susu badannya telah menderhaka, bayangkan zaman sekarang dimana Anak-anak dimalaysia berAGAMA ISLAM.!!!!!. Apa perasaan anda bila menonton Iklan Petronas Tentang Kisah Burong Murai!!!!! Apakah anda merasa sayu, simpati ataupun terfikir telah berapakah kali anda menenking orang tua anda ketika masih hidup dulu( bagi manusia yang telah kehilangan kedua orang tua. Bagaimanakah dengan anda yang masih mempunyai kedua orang tua anda.!!!! Inilah masanya bagi anda yang masih mempunyai kedua-duanya supaya berbakti supaya apabila anda menjadi WARGA EMAS NANTI!!!!, anda tidak menyesal dan merasakan perasaan yang sama.

Sheikh Abdul Rahman melaporkan dari Metafizik Forum CVT….,
18 years
Serban Hijau
MENGHIDU AROMA SYURGA.( HIDU DENGAN HATI BUKAN DENGAN HIDUNG, INSYAALLAH)

Bau syurga sebenarnya dekat dengan orang taat dan jauh dengan orang kufur. Syurga dijadikan Allah sebagai imbalan pada hambanya yang soleh, yang sentiasa mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Syurga adalah taman yang amat indah sehinggakan ada mengatakan ia adalah sesuatu yang tak dapat dibayang dimata , tidak terdengar di telinga dan terbayang di hati. Sebenarnya bayangan syurga telah Allah tunjukkan pada jenazah orang islam yang beroleh Rahmat. Ketika itu bayangan syurga telah terlihat di mata mereka, sehinggakan mereka mendoakan Segerakan, Segerakan , - segerakan apa sebenarnya yang mereka pinta , mereka mendokan supaya Allah menyegerakan Qiamat supaya mereka dapat menikmatinya keindahan syurga yang terbayang di mata mereka, Kes ini adalah seumpama manusia di dunia ini melihat iklan di TV hari-hari, sedangkan mereka tak dapat menikmati kelazatan makanan di iklan TV tersebut. Berbanding dengan manusia yang dapat merasakan kelazatan makanan yang di beli kerana iklan tersebut.dan memakan makanan tersebut.

Syurga sebenarnya amat rindu pada manusia yang pentingkan SOLAT DAN sepenuhnya berpegang kepada keseluruhan Sunnah Rasulullah dan Al_Quran….

01 MUHARRAM 1429 HIJRAH, INSYAALLAH…
18 years
Serban Hijau
APAKAH ERTINYA PANGKAT SIR!!! JIKA DIKUTUK SELURUH MAKHLUK ALLAH PADA MU WAHAI SALMAN RUSDIE ( DIED ), AMIN YA RABBIL ALAMIN..

3) PERTAHANKAN NAMA BAIK RASULULLAH S.A.W.
****
Nama Baik Rasulullah hendaklah dipertahankan oleh semua umatnya, Kebelakangan ini umat islam langsung tidak kisah dengan urusan mempertahankan nama baik Rasulullah , pertahankan nama baik Baginda adalah merangkumi dengan mempertahankan nama baik keluarga baginda ( Sebab itu umat islam digalakkan berselawat kerana antara hikmahnya adalah memuliakan nama Baginda dan ahli keluarga Baginda). Dahulu kita dikejutkan dengan kisah Hamba Allah yang bernama Salman Rushdie yang menghina Rasulullah dengan menerbitkan dan menulis buku yang menghina Rasulullah mengatakan baginda Bapa Ayam dan ajaran baginda adalah ajaran dari syaitan- semoga Allah melaknat hamba ini selamanya, kecuali dia bertaubat kerana Allah maha pengampun dan Maha Penyayang.

Kemudian kita dikejutkan dengan kisah lakaran kartun Rasulullah dalam keadaan memakai serban berbentuk bom, Nauzubilah hi min zalik., kerajaan Denmark lansung tidak kisah dengan lakaran ini kerana bagi mereka mereka lebih berani dari Amerika Syarikat kerana memaparkan gambar baginda dalam keadaan sedemikian, semoga Allah menarik Rahmatnya Dari Negara Denmark selama-lamanya.

Kalau nak ikutkan di masa hadapan banyak lagi kisah penghinaan terhadap Rasulullah yang akan berlaku Cuma tugas kita sekarang jika ini berlaku adalah mempertahankan nama baginda kerana kita memerlukan Syafaat dari baginda di hari Qiamat nanti…
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.