saya rasa sungguh sediah dan rasa betul-betul nak putus asa kerana saya rasa seolah-olah tak dapat bergerak lebih jauh seperti yang saya impi-impikan selama ini. Saya telah mendapat penajaan untuk melanjutkan pelajaran saya ke luar negara. Malangnya saya tidak menyangka untuk ke luar negara memerlukan duit yang banyak. Memang saya diberi biasiswa, tetapi saya perlu mengeluarkan duit pendahuluan saya dahulu hingga ke satu tahap yang sangat kritikal. Habis saya menggunakan duit cash saya, apatah l...
saya rasa sungguh sediah dan rasa betul-betul nak putus asa kerana saya rasa seolah-olah tak dapat bergerak lebih jauh seperti yang saya impi-impikan selama ini. Saya telah mendapat penajaan untuk melanjutkan pelajaran saya ke luar negara. Malangnya saya tidak menyangka untuk ke luar negara memerlukan duit yang banyak. Memang saya diberi biasiswa, tetapi saya perlu mengeluarkan duit pendahuluan saya dahulu hingga ke satu tahap yang sangat kritikal. Habis saya menggunakan duit cash saya, apatah lagi berhutang dengan kredit kad(tujuan pendaftaran,exam dan lain-lain urusan berkaitan permohonan). Saya rasa tertekan dan saya rasa seolah-olah nak putus asa. Dugaan ini...begitu berat sehingga tak tertahan lagi. Saya ingin meminta nasihat atau pandangan tuan-puan terhadap masalah saya ini....tolonglah..semoga kata-kata tuan-puan dapat membantu menaikkan semangat saya