a'kum.
Saya terbaca satu berita hari ini.. betulkah benda ni belaku di Melaka.. mungking kekawan di Melaka boleh confirm.. sebab cerita macam ni tak dak pulak saya dengar dalam BH,UM, RTM, TV3 dll..
Melaka Raya Melalui tinjauan penulis, didapati Melaka Raya sahaja mempunyai hampir 60 pusat hiburan seperti dangdut, disko, pub dan cafe terbuka yang menjalankan operasinya seawal jam 6 petang sehingga awal pagi.
Di antaranya ialah 'Max Bistro, Anita Dangdut, Pure Bar, Sparks Bistro, Timezone dan...
a'kum.
Saya terbaca satu berita hari ini.. betulkah benda ni belaku di Melaka.. mungking kekawan di Melaka boleh confirm.. sebab cerita macam ni tak dak pulak saya dengar dalam BH,UM, RTM, TV3 dll..
Melaka Raya Melalui tinjauan penulis, didapati Melaka Raya sahaja mempunyai hampir 60 pusat hiburan seperti dangdut, disko, pub dan cafe terbuka yang menjalankan operasinya seawal jam 6 petang sehingga awal pagi.
Di antaranya ialah 'Max Bistro, Anita Dangdut, Pure Bar, Sparks Bistro, Timezone dan Sdneys 2000' yang kebanyakannya dikunjungi oleh remaja Melayu belasan tahun dan suasana bertambah meriah lagi apabila tiba hari cuti atau hujung minggu kerana pengunjung dari luar Melaka akan datang untuk berhibur.
Kawasan ini seakan-akan mati di siang hari dengan rumah kedai yang kebanyakannya kosong tetapi segar bugar di malam hari seumpama berada di Hatyai atau Phuket serta kita boleh saksikan pelbagai gelagat termasuk GRO perempuan Melayu yang berkeliaran 'mencari makan'.
Di sini juga banyak terdapat rumah urut, SPA, salon kecantikan dan hotel yang dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Jika pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap pusat hiburan yang terlalu banyak ini dikhuatiri gejala sosial di Melaka akan bertambah parah dan usaha kerajaan melalui program 'Rumahku Syurgaku' hanya tinggal impian tetapi bertukar menjadi 'Syurga Dunia' bagi golongan tertentu. - mks.
salah saya....pasal saya leka dengan dunia.....
lama sungguh saya tak masuk sini....
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.