Rakaman temubual acara Red Carpet yang sepatutnya berbunyi ‘Red Carpet With Dom & Linda’ disiarkan melalui Channel V (Star Movies 42) pada jam 8 malam tadi.
Linda ketika sidang media pada 19 Februari lalu, memberitahu dia bertuah apabila dipilih Star Movies untuk digandingkan bersama Dominic pada acara berkenaan.
“Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Memang saya ingin ke Hollywood, tapi bukan bercuti, sebaliknya bekerja dan me...
Rakaman temubual acara Red Carpet yang sepatutnya berbunyi ‘Red Carpet With Dom & Linda’ disiarkan melalui Channel V (Star Movies 42) pada jam 8 malam tadi.
Linda ketika sidang media pada 19 Februari lalu, memberitahu dia bertuah apabila dipilih Star Movies untuk digandingkan bersama Dominic pada acara berkenaan.
“Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Memang saya ingin ke Hollywood, tapi bukan bercuti, sebaliknya bekerja dan menimba pengalaman di sana.
“Alhamdulillah, peluang itu tiba dengan tawaran yang diberikan Star Movies. Saya harap ia dapat membawa karier saya melangkah lebih maju.
"Jadi saya perlu bersedia kerana kerja penggiat Hollywood berbeza dengan masyarakat di sini. Jika kurang senang dengan soalan yang diajukan, mereka akan berlalu begitu saja. Jadi saya perlu bijak menangani keadaan,†katanya.
Selalu kita dengar di TV dan baca di akbar perkataan alhamdulillah, bersyukur, berdoa untuk perkara hiburan dan sukan.. wajarkah?.. saya rasa tak wajar.. kalau benar tak wajar berapa ramai orang Islam,ulama,ustaz,orang alim,pemimpin yang sensitif. Kalau sensitif patutkah dibiarkan memesongkan pemikiran ummah.. kekawan macam mana?.
tak kan dia org tak sedar,kebanyakannya berbaur maksiat...
tak takut dosa ker...? berTEMU,berCINTA,kemudian berPISAH,adalah
KISAH sedih hati manusia.