KOTA BHARU 20 Feb. – Lagu kebangsaan, Negaraku dan lagu negeri, Selamat Sultan tidak dinyanyikan pada perhimpunan dan acara lain di kebanyakan sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan.
Amalan itu dikatakan beransur terhenti sejak Pas mengambil alih pemerintahan pada tahun 1990 dan hanya mengekalkan bacaan doa serta nasyid kerana lagu-lagu itu dikatakan dikaitkan dengan unsur semangat kebangsaan.
Menurut sumber, para pelajar juga tidak ditanam dengan ...
KOTA BHARU 20 Feb. – Lagu kebangsaan, Negaraku dan lagu negeri, Selamat Sultan tidak dinyanyikan pada perhimpunan dan acara lain di kebanyakan sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan.
Amalan itu dikatakan beransur terhenti sejak Pas mengambil alih pemerintahan pada tahun 1990 dan hanya mengekalkan bacaan doa serta nasyid kerana lagu-lagu itu dikatakan dikaitkan dengan unsur semangat kebangsaan.
Menurut sumber, para pelajar juga tidak ditanam dengan semangat patriotik terhadap bangsa dan negara, sebaliknya disemaikan dengan fahaman yang lebih menjurus ke arah pembentukan pegangan politik mereka pada masa depan.
‘‘Di samping itu, pegangan fahaman para pelajar juga diperkukuhkan dengan melibatkan program kursus berbentuk kenegaraan sebelum mereka meninggalkan sekolah dan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) anjuran Kerajaan Pusat,†ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, kursus itu mula diperkenalkan tahun lepas dan difahamkan ia sebagai satu usaha membendung kesan penyertaan dalam PLKN.
Difahamkan, kini terdapat sejumlah 18 buah SMAN dengan jumlah pelajar seramai 17,123 orang bersama 931 guru di samping 68 SAR dengan bilangan pelajar seramai 12,991 orang serta 1,039 guru.
Kesemua sekolah itu diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dipertanggungjawabkan menyebar dan mengembangkan ajaran serta pendidikan agama dan bahasa Arab.
Menurut sumber itu, perkara tersebut merupakan punca kerajaan negeri sukar menerima tawaran Kementerian Pelajaran bagi menghulurkan bantuan bagi memperkasakan SAR dengan pelbagai kemudahan termasuk premis yang lebih baik, menaik taraf guru dan penyaluran pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar terbabit.
‘‘Jika didaftarkan SAR dengan kementerian, ia dibimbangi akan membuka ruang kepada Kerajaan Pusat dan para pemimpin masuk ke sekolah serta menghakis pengaruh di peringkat akar umbi selain mengetepikan hak kerajaan negeri termasuk soal pelantikan guru,†ujarnya.
Berita hari ini.. ada ka patut tak bagi bantuan, sebab tak nyanyi lagu Negaraku?.. ada dak bagi tau kat SAR pasal U tak nyanyi lagu Negaraku kami tak bagi bantuan. Pada saya lemah sangat reason untuk niaya orang Islam Melayu.
islam datang dalam keadaan dagang dan peri pun dalam keadaan dagang gak...
itu lkah kerajaan namanya....
masa pas takluk terengganu dulu kedengaran wang ihsan hasil petronas.....tapi bila dia pegang balik terengganu langsung tak kedengaran nama wang ihsan tu.....
pikir pikirkan lah...... MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.