juz
juz
19 years
1633 views

PTPTN ooh PTPTN..

Sy slh seorg yg terlibat dlm isu tue..alhamdulillah, sy tak disenarai itamkan lagi pasal baru gak ler grad.Tapi ada gak wat srt penagguhan pembayaran blik tp tak dilayan..surat tuntutan pembayaran balik berguni-guni dah sampai..alhamdulillah, skang sy dh mempunyai pekerjaan tetap biarpun tak ler segah mana tp sy layak dah leq bayaq balik utang ni..Yerler kan bab utang nie dalam islam pun dititik beratkan..
Sebenaqny sy ghaserlah nak wat pembayaran balik nie pun bermasalah gak ,,
1. Penyata kad...
7 comments
Share this post

Comments (7)
Lambaian Salju
Alhamdulillah..saya tidak ada masalah dalam pembayaran PTPTN...bayaran pun sentiasa di kemas kini..apa kata jika anda merujuk terus ke kaunter PTPTN di Damansara....Mungkin akaun pembayaran balik anda tidak active lagi.... Bersyukur dan redha atas apa yang berlaku...
19 years
salopet
mami,
ayam dah mati kena banjir dohhh...itik dah berenang tanpe sempadan...silap2 dah sampai laut cine selatan...

apenye yg nak dicekau lagikkkkk!.....hehehehehe dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
adeila  danealle
Pastu kan...kalau buat potong gaji lak...Angkasa selalu lewat bayar lak...sudahnya asik dapat surat reminder tak bayar utang je tetiap bulan...buat malu jeeeee... The ultimate measure of a man is not where he stands in moment of commort, but where he stand at times of challenge and controversy....
19 years
Mami Ros
hehe..putra....

anak mami dah keja 3 orang, gaji leh tahan jugak...tapi memasing dok pakai moto modenas beli waktu dapat biasiswa pertama tu.. sehingga hari ni dok pakai...

mami tak galakkan mereka beli kereta, yang mami suruh dan galakkan mereka supaya pepandai jaga duit gaji tu..

pertama sekali , jangan lupa hulurkan bantuan sedikit kat sedara mara yang memerlukan... itulah barakah rezeki...

guna hp boleh.... beli henpon yang fungsinya diperlukan saja bukan untuk ditunjuk tunjuk kecanggihannya tapi fungsinya tak di apply sepenuhnya.

andainya terjadi inflasi ker, atau soros kembali menjengah, kan at least tidaklah tersungkur , patah kaki tu mungkin, tapi taklaa sampai sembab muka...

lainlaaa macam salopet tu......ada ayam... ada itek.....

Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
19 years
salopet
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TANGGUNGJAWAB SIAPA ?



Isu hutang pendidikan muncul lagi. Kali ini pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memfailkan saman terhadap 111 peminjam pada Isnin lalu (5/2/07). Ini merupakan kumpulan pertama daripada 1,000 orang peminjam yang telah disenarai hitamkan. Dengan adanya perintah mahkamah nanti, kegagalan peminjam terbabit boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan dan peminjam berhadapan dengan tindakan penjara, diisytihar bankrap dan harta benda disita. Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani, berkata PTPTN sudah menghantar notis tuntutan terhadap 1,000 peminjam terbabit, tetapi mereka tetap berdegil dan masih enggan melunaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Nama-nama mereka ini telah dimasukkan ke dalam rekod Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan Bris Information Services Sdn. Bhd. (BRIS) yang menyebabkan mereka tidak boleh membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan [BH 02/02/07]. Mereka adalah sebahagian daripada 38,484 graduan yang tidak menghubungi PTPTN selepas tamat pengajian pada 1999 walaupun telah diberi notis peringatan terakhir.



Ini semua adalah usaha untuk mendapatkan semula tunggakan hutang berjumlah RM867 juta. Banyak usaha telah dilakukan sebelum ini seperti menyiarkan nama 1,249 pelajar yang gagal melunaskan hutang menerusi beberapa akhbar tempatan [UM 28/03/06], menolak permohonan pinjaman pelajaran anak bagi mereka yang belum melunaskan hutang, dan memutuskan akan melarang 16,000 peminjam ke luar negara melalui Jabatan Imigresen sebagai langkah terakhir jika peminjam tidak menghiraukan notis, surat peringatan dan tindakan mahkamah. [BH 22/04/06]. Sehingga tahun berakhir 2005, PTPTN hanya berjaya mengutip 48.9% atau RM191.8 juta daripada RM391.9 juta yang diberikan kepada 265,611 peminjam. Jumlah tertunggak adalah RM200.1 juta [BH 22/04/06] . Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata jumlah kutipan itu belum mencukupi bagi mengisi semula dana PTPTN untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar lain [UM 11/04/06].



dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
salopet
pste dari satu laman web....

Isu dana pendidikan terutamanya berkaitan dengan sekolah/institusi swasta seringkali dibangkitkan. Kekurangan tenaga kerja pendidik berkualiti, kemudahan (facility) terbatas adalah antara yang sering diberi perhatian kerana ia memberi impak kepada kualiti pendidikan yang ditawarkan seterusnya pelajar yang dilahirkan. Antara penyebab terbesar adalah faktor DANA (funds). Pelbagai cara diusahakan untuk memastikan dana stabil untuk meneruskan kesinambungan sekolah/institusi. Sistem pendidikan hari ini yang lebih menjurus pada aspek akademik semata-mata dan kurang memberi perhatian kepada aspek agama menyebabkan ibu-bapa tidak teragak-agak menghantar anak belajar di sekolah swasta walaupun ia melibatkan kos yang tinggi. Dipihak sekolah swasta pula, jika tiada masalah aliran tunai, tidak mengapalah. Akan tetapi bila modal kerja (working capital) tidak stabil, pelbagai cara diusahakan seperti pengutipan derma dsb. Isu pokok disini ialah sistem pendidikan yang ditadbir dengan cara sekuler-kapitalis bukan sistem pendidikan yang bakal melahirkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat. Selagi isu pemerintahan yang darinya terbit sistem-sistem untuk mentadbir urusan pendidikan masih tidak selesai, ia akan berterusan. Masalah ini juga tidak selesai dengan sekadar menukar calon undi 5 tahun sekali, sebaliknya Muslimin yang ikhlas mahu ia selesai sepatutnya melihat bagaimana Islam menyelesai masalah ini - bermula dari masalah pokok hingga ke ranting. Semuga artikel yang dilampirkan dapat membuka mata kita bahawa jalan penyelesaian telah ada dalam Islam. Solution yang akan membuat minda kita berfikir dan bertanya, "PTPTN, what the hell are you doing here? ". Ya, PTPTN should cease to exist!

CM - Sedih diwaktu malam apabila mendengar dentuman bunga api dari Tasik Titiwangsa. Kalau betul kos satu malam RM40,000 - bayangkan berapa banyak biasiswa yang boleh diberikan kepada pelajar dengan kos tersebut? Juga kos ferris wheel bernilai RM30 juta - berapa banyak universiti/kolej boleh dimanfaatkan dengan wang sebanyak itu???

Henti eksploitasi pelajar untuk kutip derma - Mahfuz
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
Putra
Dulu biasiswa, lepas tu pinjaman tanpa faedah, lepas tu PTPTN (pinjaman dengan faedah).. ada cadangan baru baru ni nak kena faedah atas faedah.. macam Along.
Pak Engku Aziz sebut kalau Petronas bayar zakat sahaja, semua anak orang Islam boleh belajar free.
Pada saya kalau tak dak PLKN yang berbelanja 700 juta setahun dah tentu ramai orang juga budak buadak susah dapat belajar free. sebab saya tak nampak langsung faedah PLKN.
Tahniah la sebab saudara dapat kerja.. tapi berapa ramai lagi siswazah tak dak kerja, dan berapa ramai kalau yang dapat kerja pun.. setakat cukup makan saja. Tahniah juga saudara ada niat nak bayar. saya pun dah habis bayar.
Cuma saya nak cerita realiti hari ni, berdasarkan pengalaman saya. Saya mai dari kampung, habis belajar....dapat kerja gaji 1k lebih.. duduk KL.. sewa rumah?.. budak U tak kan nak sewa macam rumah kongsi..standard nak jaga, lepas tu tak kan tak beli kereta.. balik kampung malu la orang tanya, fikir nak kahwin lagi perlu simpan duit, fikr nak beli rumah lagi.. dengan gaji yang ada nak beli kereta, bawar sewa, ronda ronda dengan member, kumpul duit nak beli rumah,... nak bayar pinjaman pelajaran?.. mana nak cukup.. yang sebelum tu pun tak lepas. dilema..dilema? Tapi gagah juga bayar sebab tajk sanggup surat sampai pada penjamin,(ketua kampung)... lagi malu satu kampung.
Pasal nak bayar susah yang saudara hadapi tu... itu lah relity di Msia berhubung dengan kerajaan.. nak sennag saya rasa bayar zakat saja, sebab tak dak orang, pi la bila bila pun. .. So pandai pandai buat la apa yang patut.
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.