Buli balik
Kejadian buli dah ada balik.. sedih fikirkan sampai mati pulak tu.. disekolah budak pandai sek.Teknik. bekas sekolah saya., saya rasa sistem pendidikan kita dah gagal.. Ramai kekawan saya tanya.. kalau biar pada sekolah kebangsaan/menengah.. boleh dak anak kita baca Quran.. semua jawab tak boleh.. begitulah lemahnya.. nak ajar budak baca Quran.. teramatlah mudahnya.. itupun tak boleh.. pada saya confirm sistem pendidikan gagal.
11 comments
Comments (11)
Putra
budak budak tu la kot buat salah.
19 years
hmm..sekarang budak-budak makin ganas. siapa salah? notin else materz..ahakz!!
19 years
teringat masa sekolah sekolah dulu, kalau cikgu denda, balik rumah pun kena denda jugak, malah lebih teruk lagi dendanya.tiada kompromi dalam urusan pembelajaran ni. baik yang formal atau tidak formal.
tak pandai sebut muqaddam, kena rotan jugak, tulisan tak cantek kena jentik jari. nak ngadu pada siapa????....jadi mau tak mau ,kenalah improvekan apa yang patut supaya tidak jadi mentimun..
laaa nie, pantang kena cuit sikit kat memana, yang padah nanti kenderaan guru ataupun apa apa yang boleh dijadikan mangsa untuk melepas geram. bagaimana anak tak naik tocang. subuh subuh bangun dengan muka tak basuh dah pegang motosikal round satu kawasan perumahan. memalam sampai embun jantan dah turun pun masih dok bersidai kat padang permainan depan blok borak borak sambil minum air dalam tin makan kacang cap tangan.kemudian dibiarnya bersepah sepah sampah sarap....nak tidoq pun tak lelap dek hura haranya manusia yang tak reti budi bahasaa ni..
bukan boleh buka mulut, nanti kereta kena toreh, taya kena toreh, peti surat kena kopek...depan pintu depa letak sampah.... apalaaaa nak jadi ngan anak bangsaku....aduhhhhhh..aduhhhhh....aduhhhhhhhh...tokwan pun dah tak moh singgah umah bila mai kolompo nengok cucu cicit.
kera dalam utan pun tau balik bila gelap mula menerpa alam.
salah siapa sebenarnya... ada ker cikgu ngajar anak murid melepak sampai tahap unta masuk dalam jarum...
Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."

sendirik mau ingat.....tuh jerk. dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
Geng perempuan samseng
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Sukar untuk percaya apabila sekumpulan pelajar perempuan tingkatan dua berlagak seperti kumpulan samseng, apabila didakwa menyerang dan membuli seorang pelajar junior di kawasan sekolah, baru-baru ini.
Berikutan kejadian itu, mangsa, pelajar tingkatan satu kini trauma hingga terpaksa membuat dua laporan di Balai Polis Kajang.
Akibat tertekan, mangsa yang dikenali sebagai Szerina, 13, enggan ke sekolah kerana khuatir akan terus menjadi mangsa kumpulan pelajar nakal terbabit.
Szerina mendakwa kali pertama dia dibuli enam pelajar perempuan tingkatan dua ketika pulang dari sekolah pada 4 Januari lalu.
“Selepas bertanyakan nama, mereka menarik beg sekolah menyebabkan saya terjatuh. Saya yang terpinga-pinga dengan kejadian itu terus menangis. Mereka kemudian memberi amaran dan mengugut akan memukul saya.
“Dengan ditemani ibu, saya membuat laporan di Balai Polis Kajang pada malam hari berkenaan,†katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.
Szerina berkata, dia sekali lagi dibuli dua pelajar senior anggota kumpulan pelajar perempuan yang menyerangnya, Jumaat lalu.
“Kejadian berlaku jam 5.30 petang ketika saya keluar dari surau dan didatangi dua pelajar perempuan. Tanpa usul periksa, mereka terus menampar saya.
“Khuatir keselamatan diri, saya menemui guru penyelia. Malangnya, aduan saya dianggap remeh dan cikgu terbabit menuduh saya sengaja mencari pasal.
“Tidak puas hati dengan jawapan cikgu itu, dengan ditemani kakak, kami sekali lagi ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan pada malamnya,†katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Rohani Ahmad, 44, kecewa dengan tindakan pentadbiran sekolah berkenaan yang tidak mahu mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang tidak berdisiplin.
“Perbuatan sekumpulan pelajar senior seolah-olah mencerminkan budaya samseng di sekolah itu kini semakin menular. Saya berpendapat pihak sekolah sengaja tidak mahu mengambil tindakan walaupun mengetahui perkara sebenar dan beranggapan aduan anak saya remeh.
“Apa yang mengecewakan, pihak sekolah seperti menutup mata dan menuduh anak saya yang memulakan setiap kali perkara buli berlaku. Secara logiknya apakah pelajar junior bersendirian boleh membuli pelajar senior yang ramai,†katanya.
Rohani berkata, tidak tahan dengan sikap sambil lewa pentadbiran sekolah dan khuatir kejadian sama berulang, beliau kini sedang menguruskan perpindahan anaknya ke sekolah lain.
“Bagaimanapun, dalam borang perpindahan itu saya diarah tidak menulis alasan berpindah kerana dibuli, sebaliknya masalah pengangkutan. Ternyata, pihak sekolah sengaja cuba menyembunyikan kenyataan itu daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.
“Saya berharap pegawai jabatan pelajaran atau kementerian datang membuat siasatan. Janganlah apabila sudah ada pelajar yang cedera parah atau membabitkan kematian, barulah kelam-kabut menjalankan tugas,†katanya.
Berita metro semalan.. agak agak perkara ini jadi disekolah mana, sekolah agama swasta atau kebangsaan/menengah.?

terima kasih atas pendapat semua.. cuma saya nak utarakan berapa jam pendidikan agama disekolah.. Masalahnya ada dak masa ajar budak baca Quran 1/2jam sari, ada dak program yang kita atur depa semua sembahyang Zohor 20 minit sehari.. rugi sangat ka kalau buat. Satu lagi saya minta berhati hati bila komen pasal pakai tudung.. kalau pakai tudung biasa saya tak napikan ada yang buat kerja tak senonoh, tapi tu pun kalau kita ihklas kita tak kan kata mejoriti lebih teruk dari tak pakai tudung. Kalau pakai tudung labuh, ikhlaslah kita bahawa amat skar dicari buat kerja tak senonoh. Satu lagi pasal sekolah agama(bukan sekolah agama kerajaan).. pun kena hati hati buat komen.. sebab cuba ceck dipusat serenti. mat rempit, minah repak.. depa tu semua mai dari mana. Sorry kalau ada terasa.. saya bukan salahkan cikgu, saya pun belajar disekolah biasa saja.. tapi bila saya tengok sistem disebuah sekolah agama swasta.. sedih saya..kenapa tak buat macam tu.. ilmu dunia pun baik, ilmu akhirat pun tinggi,100% pelajar boleh baca Quran masa darjah 5. depa cuma ambil masa 1/2jam sehari ajar baca Quran.
Saya juga tak nak ibubapa lepas tangan.. tapi kalau kita selidik sekarang berapa ramai mak bapak yang tak solat.. takkan kita harap kat depa ni nak didik anak.. adakah kita sanggup biar anak depa pulak ikut jejak langkah depa.

Hal yang diutarakan memang banyak yang berlaku skrag. Sy pun tak pelik.. Bila sy tanyakan ttg hal nie pada kenalan2 sy, rata2nya ramai yg menjawab "Jangan dilihat pada pemakaian, tak bermakna hati dan perilaku mereka buruk dan tak berilmu..". Sy pelik sebab ada percanggahan pendapat dalam kuliah saya tentang isu yg hampir sama dengan persoalan Putra di atas iaitu persoalan mengenai tudung..... Ramai remaja skrg terpengaruh tak kisah lah sama ada yang belajar di sekolah agama atau tidak..Tapi apa yg perlu sekarang adalah cara untuk mengawal pengaruh tersebut. Sy sendiri agak terkilan melihat begitu ramai remaja sebaya sy yg begitu taksub dgn berbagai perkara yg remeh temeh..tapi mungkin dari situ akan bermulanya kesedaran..Sistem kita tak "beraksi" di akar umbi masalah lagi..
19 years
sekang ni kebanyakaan yg bermasalah, adalah anak2...kadang2 bagi pelajaran yg baik2, selalunye yg mereka dapat adalah menda yg agama dan kite kata tidak bulih,...
ade satu contoh, anak ni dianta kesekolah agama, semua ok..tutup aurat, solat,..ok sema, bile time balik rumah, g jalan2..kite tak percaye yg itu adalah pelajar dari sekolah agama. kenape bleh begini?....ibu bapa jugak kena sendiri ingattttt....
sebab tuh, biar jaga ayam itik bereban...senang bagi makan dan jaga, jaga anak sorang bawa sampai kesurge nerake.... dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....

diawal merdeka,sekolah rendah dan menengah hanya satu tingkat dan antara 20 ke 25 murid sahaja. gurunya cukup dedikasi bagitu juga ibu dan ayah cukup prihatin tentang pelajaran anak anak. kami belajar segala, menulis tulisan jawi dan rumi dengan menggunakan buku 3 line merah. sebab itu tulisan orang dulu dulu cantek dan berbunga.
kemudian ke sekolah inggeris , belajar bahsa inggeris pada semua subjek kecuali bahasa malaysia dan ugama. buku ugama pulak tu dimestikan dengan buku teks tulisan jawi.
alhamdulillah, itulah mereka mereka murid purba yang sudah memenpah nama dalam semua bidang dan telah melahirkan pewaris pewaris yang bakal menggegarkan dunia di zaman melinium ini.
apa yang dikesalkan, generasi sekarang adalah generasi yang tidak tahu berterimakaseh pada segalanya. tidak tahu berterimakaseh pada yang paling dekat dengan mereka dan juga tidak tahu berterimakasih pada yang mencipta mereka ke dunia ini.
salah siapa sebenarnya, adakah kesalahan kesalahan itu termaktub dengan ditujukan pada satu satu kelompok atau kumpulan atau individu atau apa pun. kesalahan itu sebenarnya mula dari kita sendiri, walaupun tanpa kita sedar, apakah sebenarnya kesalahan itu. kerana kesalahan itu adalah satu majlis yang harus didatangi dan digauli supaya dapat mengupas masaalah sebenar kesalahan itu.
ambil iktibar pada setiap kejadian, dan anak anak sebenarnya harus dididik dengan sebaik baik budi bahasa dan dipupuk dengan rasa kasihsayang juga perhatian. bukan membesar mereka dengan kebendaan. ibubapalah sebenarnya yang memutihkan atau menghitamkan masa depan anak anak.
ajar anak anak erti kehidupan, bukan ajar anak anak bagaimana untuk hidup.
walla'hualam...

Salam..terpanggil nak respon kit..mungkin ni antara rentetatan dr 1 pndapat di antara beribu pndapat..saya antara sebahagian warga pendidik tidak selesa ngan pndapat tue..jangan jadi macam bangau..jangan slhkan sistem pendidikan..kalau tak masakan sy kini bergelar guru hasil drpd sis. tersebut kan..malah kalau kiter tengok skang ni pun, banyak program untuk memperkasakan ilmu tu dilaksanakan di sekolah..contohnya macam program j-QAF.Malangnya, kebanyakkan hanya dilaksanakan atas dasar laksana sahaja tetapi pengamalan berterusan dirumah dan perhatian dari semua pihak terutamanya dari ibu bapa amat mengecewakan..so marilah kiter sama2 berusaha untuk pk kan cara dan cuba merealisasikannya..Semoga Islam akan terus gemilang..
19 years