ALAM NYATA DAN ALAM GHAIB.
Kepercaayan kepada dua alam ini adalah satu kepercayaan manusia yang waras. Manusia yang tak waras akan percaya kepada mana mana satu alam sahaja. Ahli bahawa mempercayai ujudnya nama abstrek sepertiman ahli akauntan percaya adanya ‘intangible asset’. Ahli sain percaya ada unsur tertentu apabila mereka gagal mencari jawapan mengapa apabila pokok peria yang di tanam bersebelahan dengan pokok labu dalam pasu yang sama, menggunakan tanah, baja dan air yang ...
ALAM NYATA DAN ALAM GHAIB.
Kepercaayan kepada dua alam ini adalah satu kepercayaan manusia yang waras. Manusia yang tak waras akan percaya kepada mana mana satu alam sahaja. Ahli bahawa mempercayai ujudnya nama abstrek sepertiman ahli akauntan percaya adanya ‘intangible asset’. Ahli sain percaya ada unsur tertentu apabila mereka gagal mencari jawapan mengapa apabila pokok peria yang di tanam bersebelahan dengan pokok labu dalam pasu yang sama, menggunakan tanah, baja dan air yang sama, berbuah lain rasanya – satunya pahit dan yang satu lagi manis. Kajian sain itu hanya dapat mencernakan WHAT tetapi tidak dapat mencernakan WHY.
Sebenarnya kuasa pancaindera manusia dan alat alat rekaan manusia adalah lemah dan tidak dapat merasai semua perkara walaupun ianya di depan mata kita. Kita boleh melihat otak, tetapi kita tidak dapat merasai fikiran, kita merasai karan letrik tetapi tidak pula dapat melihatnya. Kita boleh melihat cahaya tetapi tidak boleh memegangnya
Hanya orang yang ahli sahaja, baik saintis mahu pun ahli ilmu lain, yang dapat mengenalpasti mana bahagian dari sebatang pokok itu menjadi ubat, mana yang bukan. Mana pula dari ayat itu mendadi ubat dan mana yang bukan. Di samping itu bukan sekadar mngetahui mana yang menjadi ubat dan mana yang bukan sahaja, seorang ahli itu juga mesti mngetahui ‘dos’nya – berapa banyak diperlukan, berapa kali sehari, waktu mana nak makan/nak baca, apa langkahnya dll.
Sepertimana seorang ahli ilmu (ulama) lain, ahli saintis yang ada ilmu pengetahuan dalam bidangnya, akan mengkaji dan mengetahui bagaimana formulanya untuk mengadun bahan bahan mentah tadi menjadi sesuatu produk keperluan manusia, begitulah juga seorang ahli ilmu dalam bidang ilmu yang lain melakukannya.
Ahli ilmu kebatinan juga akan mencari dan meneroka segala sumber sumber pemberian Allah yang ada dengan cara caranya dan ‘tools’ yang tersendiri bagi mendapatkan formula tertentu untuk mencapai tujuannya. Sepertimana soerang saintis boleh berjaya dalam formulanya, mengapa pula seorang ahli ilmu lain tidak boleh berjaya pula?.
Apa pandangan anda dan ada apa apa pengalaman anda perkara yang pelik dan ganjil terjadi kepada anda atau kenalan anda. Mari kita kaji dan cerakinkan bersama sama dengan menggunakan 'tools' dari alam ghaib pula !
Kalau boleh buat serantak kan baik......syahsiah - kifayah, dunia - akhirat, tolong diri - tolong orang.