Saya rasa my masjid di ruangan forum telah menjadi ruangan memperkenalkan perniagaan berkonsepkan cepat kaya. Kamu hanya perlu percaya dan sedikit modal saja, tak perlu guna akal, guna tenaga, tak perlu ada ilmu untuk menjadi kaya. Ini adalah fenomena yang melanda masyarakat melayu yang hanya memikirkan keuntungan dengan usaha yang sedikit tanpa memerlukan pengalaman dan ilmu bagi melaksanakannya. Dalam mencari kejayaan kita perlu satu perjalanan yang membawa kita kepada pelajaran di mana ianya ...
Saya rasa my masjid di ruangan forum telah menjadi ruangan memperkenalkan perniagaan berkonsepkan cepat kaya. Kamu hanya perlu percaya dan sedikit modal saja, tak perlu guna akal, guna tenaga, tak perlu ada ilmu untuk menjadi kaya. Ini adalah fenomena yang melanda masyarakat melayu yang hanya memikirkan keuntungan dengan usaha yang sedikit tanpa memerlukan pengalaman dan ilmu bagi melaksanakannya. Dalam mencari kejayaan kita perlu satu perjalanan yang membawa kita kepada pelajaran di mana ianya berguna untuk disampaikan generasi kita yang akan datang. Tapi dengan kaedah yang mudah malah yang tiada kepastian serta jaminan tiada apa yang dapat dipelajari. Ianya MUNGKIN menipu atau ditipu dan lebih malang dan rasa sedih hati apabila menggunakan dengan kaedah niat yang baik dan kononnya hendak menolong umat Islam.
Ini adalah forum saya yang terakhir saya bersama my masjid dan saya berharap agar orang melayu yang beragama Islam agar mengetahui tanggungjawab sebagai manusia yang diciptakan oleh Tuhan agar memahami urusan kamu di bumi Allah dan kamu diciptakan bukan hanya sia-sia.